Assalamualaikum wrh wbr....
Selamat malam semua, semoga ceria-ceria selalu hendaknya. Hari ini teringin sangat nak makan roti jala. Kalau nak beli, memang tak puas hati. So, hari ini saya cuba buatkan sendiri. Bila semak-semak resepi, berkenan pula dengan resepi roti jala CHE MAT GEBU. Jadi saya cubalah kiraikan roti tersebut. Cuma kari ayam saya buatkan sendiri. Terima kasih CMG kerana kongsikan resepi roti jalanya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini. Marilah tengok resepinya....
Resepi Roti Jala
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 sdt baking powder (tak letak pun tak pe)
1 1/2 cawan air
1 cawan susu segar (saya guna santan)
3-4 titik pewarna kuning makanan (saya
guna sedikit serbuk kunyit)
4 sdb mentega (saya guna nminyak masak)
1 biji telur gred A
garam secukup rasa
Air jika perlu
Cara membuatnya:
1. Satukan tepung dan baking powder dan
ayak ke dalam bekas, kacau rata dan buat
lubang di tengah-tengah tepung, masukkan
telur yang dipukul sedikit, kacau rata.
Tuang susu dan kacau perlahan. Tambah
air dan kacau lagi hingga licin dan tidak
berbintil-bintil. Masukkan mentega cair
atau minyak masak, pewarna kuning dan
juga garamsecukup rasa. Kacau dengan
whisk, tapis adunan tadi dan ketepikan
sebentar.Kalau pekat boleh tambah sedikit
air.
2. Panaskan non- stick pan. Kacau bancuhan
roti jala dan masukkan ke dalam acuan.
Kemudian kirai atas kuali tadi, pastikan
ia bercantum antara satu sama lain, masak
guna api sederhana. Bila permukaan roti
jala nampak pucat, bolehlah dilipat atau
digulung. Buatlah sehingga habis.
Resepi Kari Ayam
Bahan-bahan:
3 ketul ayam - dihiris kecil-kecil
2 biji kentang- juga dihiris kecil-kecil
2 1/2 sdb rempah kari daging
1 sdb kerisik
1 1/2 cawan santan
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit air asam jawa
1 pelepah daun kari
garam secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Bawang merah, bawang putih serta halia
dimayang halus.
2. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak
masak, tumis bahan hirisan bersama daun
kari sehingga garing. Masukkan rempah
kari, masak sehingga ia naik minyak.
3. Masukkan ayam dan kentang serta sedikit
air asam jawa. Masukkan kerisik. Biarkan
sehingga kentang empuk. Masukkan garam
secukup rasa.
4. Apabila rasanya dah okey barulah diangkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan