Assalamualaikum wrh...wbr...
Bertemu lagi di kali ini, semoga teman-teman sukses semuanya. Entri kali ini mengenai masakan kari ikan masin, tetapi tumis darat iaitu kita tumis bahan tumisnya di akhir masakan kari tersebut. Berbeza dgn masakan yang lain, ditumis di permulaan masakkan. Sedap sangat.... kalau makan tak cukup sepinggan, mesti nak tambah lagi. Marilah kita lihat resepinya dulu....
Bahan-bahannya:
500 gm ikan talang masin dipotong-potong,
dicampur tulang dan isinya
3 sudu besar rempah kari ikan
1 cawan air
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
1/2 biji nenas dihiris nipis
2 1/2 cawan santan
3 sdb air asam jawa (bergantung kepada
kemasaman nenas)
garam secukup rasa
Bahan-bahan tumis darat:
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 tangkai daun kari
Bahan yang bertanda * dihiris halus
Cara memasaknya:
1. Bancuh rempah kari serta bawang merah
yang ditumbuk dengan secawan air.
Masukkan ke dalam periuk dan masak di atas
api hingga mendidih.
2. Masukkan ikan talang serta nenas dan masak
lagi biar kan mesra dengan rempah.
3. Masukkan santan, biarkan sehingga
mendidih.
4. Masukkan garam dan air asam jawa. Rasa
dulu, kalau dah cukup masam dan masinnya,
tutupkan api.
5. Di dalam kuali panaskan lebih kurang dua
hingga 3 sdb minyak masak, tumiskan bahan
yang dihiris tadi hingga kekuningan atau
garing.
6. Tuangkan bahan tumis serta minyak sekali
di dalam periuk kari tersebut. Kacau-
kacaukan ia agar bercampur dengan kari.
Hasilnya mengeluarkan bau yang sangat
enak. Siap untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan