Rabu, 25 November 2026

Majlis Khatam Quran Sekolah Sri Khaira

 

Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua... di akhir-akhir tahun sebelum tibanya cuti akhir tahun, sudah semestinya sekolah-sekolah akan mengadakan majlis untuk para pelajarnya. Tak terkecuali juga sekolah Sri Khaira, tempat saya mengajar juga membuat majlis khatam Quran serta pengumuman keputusan PSRA untuk para pelajarnya. 

Sekolah Sri Khaira tak ramai sangat pelajarnya. Tapi, alhamdulillah seramai 24 orang yang berjaya menamatkan bacaan quran pada tahun ini.

Share disini photo-photo kenangan yang ada di dalam phone saya, sayang juga nak dibuang.











Selepas majlis khatam Al Quran, diumumkan pula keputusan PSRA .



Alhamdulillah... 3 orang pelajar mendapat Mumtaz.



4 orang pelajar mendapat Jayyid Jiddan.


Seorang pelajar mendapat Jayyid.

Tumpang bangga dengan pencapaian pelajar, walaupun tak ramai tapi masih dapat mengekalkan prestasi yang baik.

Terima kasih kepada gurunya bertungkus lumus mengajar murid tanpa kenal penat lelah, demi kejayaan anak murid mereka. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan