Ahad, 8 Julai 2012

Kuih Tepung Pelita

     
           Assalamualaikum wrh wbr.....


       Salam sejahtera kepada kawan-kawan semua, semoga berada dalam lindungan Allah selalu. Entri kali ni mengenai kuih tepung pelita. Dah lama tak makan kuih ni, teringin pula rasanya nak makan. Biasanya kuih ni famous waktu bulan puasa je. So, saya pun cubalah buatkan. Saya gunakan sukatan MY RESEPI. Sedap sangat..... Anak-anak saya pun suka. Habis satu, satu diangkutnya kuih ni. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini ye...





Resepi Kuih Tepung Pelita


Bahan:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dengan sedikit air
sedikit kapur makan
sedikit garam


Cara membuatnya:
1. Tepung, air gula, air daun pandan dan air 
   kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung 4 sudu tadi
   dan garam. Kacau hingga sebati dan
   ketepikan.
3. Masukkan tepung yang telah diadun dan di
   kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang
   disukai. Kalau dalam daun pisang lagi 
   sedap.
5. Masak santan yang diadun tadi, dan kacau
   hingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yang
   dalam acuan tadi.
7. Tunggu hingga sejuk atau masukkan dalam 
   peti ais, barulah sedap dimakan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan