Jumaat, 27 Julai 2012
Puding Roti Neslo
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam penuh keceriaan untuk semua teman di alam maya ini. Semoga sihat semuanya. Kali ini saya nak kongsikan masakan puding roti neslo yang saya cuba dari resepi KAK HANA. Okey juga rasa pudingnya.... sedap. Memandangkan roti kat rumah ni masih berbaki , jadi sebelum ianya rosak begitu sahaja maka saya cuba buatkan puding roti tersebut. Tetapi puding yang saya buatkan, marblenya kurang cantik. Saya gunakan loyang 5x5x3 inci. Terima kasih Kak Hana atas repinya. So, izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan saya bila ingin cuba buatkan puding ni di lain kali. Kita semak resepi dulu....
Resepi Puding Roti Neslo
Bahan-bahannya:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gm agar-agar
1/2 cawan gula
2 sudu besar marjerin/ butter (dicairkan)
3 1/2 cawan air
1 sdb esen vanila
1 sdk garam
2 sdb nescafe (dibancuh dgn sedikit air)
- saya guna 1 sdk sahaja
2 sdb milo (dibancuh dgn sedikit air)
Cara memasaknya:
1. Didihkan 3 cawan air, agar-agar serta gula
dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekst, susu cair
dan blend 1/2 cawan air tadi. Kemudian
masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah
dididih tadi.
3. Masukkan marjerin, esen vanila serta garam
dan kacau rata sampai mendidih lagi.
Matikan api.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian
adunan biarkan warna asal dan satu adunan
lagi masukkan serbuk nescafe dan milo yang
dibancuh (agar tak berketul).
5. Ambil sesenduk warna putih dan tuang di
tengah-tengah loyang. Kemudian ambil
sesenduk warna coklat, tuang atas warna
putih tadi. Biarkan puding gerak sendiri
ke tepi, tak payah ratakan atau dikacau.
Ulang semula warna putih dan buat hingga
habis. Ketika melapis buat dengan cepat
kerana puding cepat membeku.
6. Bila dah siap simpan dalam peti sejuk
sekurang-kurangnya sejam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan