Memaparkan catatan dengan label aktiviti sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti sekolah. Papar semua catatan

Sabtu, 28 November 2026

Hari Pelanggan Sri Khaira

 

Assalamualaikum...

Selamat berhari minggu sahabat semua, semoga kawan-kawan semua berada dalam keadaan sihat serta dilindungi Allah selalu.

Cerita semalam sebenarnya. Semalam adalah hari Sabtu, 25hb November 2026. Sekolah kita mengadakan hari bertemu pelanggan. Jadi ibu bapa dan anak-anak datang ke sekolah untuk bersua muka dengan gurunya berbincang mengenai perkembangan anak-anak mereka.



     Hampir semua parent datang semalam kecuali hanya satu dua ibubapa yang tak dapat hadir disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan. Memang banggalah dengan parent mereka sanggup korbankan waktu rehat mereka demi anak-anak.

Saja share disini sebagai kenangan, sebahagian gambar yang ambil oleh juru gambar. Simpan dalam phone, bila storage dah penuh pasti kena delete nanti.





















Entah apa yang diceritakan pun 
tak tahu lah. Ha ha...




              







                                     


Dah akhir-akhir tahun ni macam-macam program nak di buat. Hanya tinggal satu majlis lagi, majlis Ikhtifal. Mudah-mudahan segala persiapan menjadi mudah dan lancar. 






Rabu, 25 November 2026

Majlis Khatam Quran Sekolah Sri Khaira

 

Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua... di akhir-akhir tahun sebelum tibanya cuti akhir tahun, sudah semestinya sekolah-sekolah akan mengadakan majlis untuk para pelajarnya. Tak terkecuali juga sekolah Sri Khaira, tempat saya mengajar juga membuat majlis khatam Quran serta pengumuman keputusan PSRA untuk para pelajarnya. 

Sekolah Sri Khaira tak ramai sangat pelajarnya. Tapi, alhamdulillah seramai 24 orang yang berjaya menamatkan bacaan quran pada tahun ini.

Share di sini photo-photo kenangan yang ada di dalam phone saya, sayang juga nak dibuang.












Selepas majlis khatam Al Quran, diumumkan pula keputusan PSRA .



Alhamdulillah... 3 orang pelajar mendapat Mumtaz.



4 orang pelajar mendapat Jayyid Jiddan.


       Seorang pelajar mendapat Jayyid.


Seorang mendapat mujtahid. Dia merupakan anak istimewa, tapi diberi peluang untuk mengambil peperiksaan dan dia berjuang sendiri menjawab  peperiksaannya tanpa bantuan daripada orang lain.


Tumpang bangga dengan pencapaian pelajar, walaupun tak ramai tapi masih dapat mengekalkan prestasi yang baik.

Terima kasih kepada guru-gurunya yang bertungkus lumus mengajar murid tanpa mengenaal penat lelah, demi kejayaan anak murid mereka. 




Sabtu, 16 Mei 2026

Majlis Kamil Sekolah Rendah Islam Zon Rawang.

 

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua. Moga semuanya baik-baik saja di hari ini.

Ni cerita semalam, hari Sabtu 16hb Mei 2026, di hari guru Sekolah Rendah Agama JAIS mengadakan pertandingan KAMIL untuk pelajar sekolah rendah agama zon Rawang, jadi semua pelajar yang terlibat dengan persembahan berkumpul di salah sebuah sekolah di Tasik Puteri.

Pelajar sekolah kita juga ada yang terlibat dalam persembahan. Jadi guru-guru pun turut mengiringi pelajarnya ke sana. Alhamdulillah... Majlis berjalan dengan lancar. 























       Pertandingan menulis khad lelaki.




Pertandingan menulis khad perempuaan.





Oleh kerana sekolah kita tak begitu ramai jadi, pelajar yang terlibat dengan persembahan pun tak ramai. Berbanding sekolah agama yang lain ramai yang terlibat dengan persembahan sehingga ada yang datang dengan bas.

Walaupun tak ramai tapi bersyukur juga ada seorang pelajar yang terpilih sebagai pemenang.


                                  

Tahniah Alimuddin, telah terpilih menjadi pemenang pertama dalam pertandingan Hafazan dan terjemahan.  Selepas ini akan bertanding peringkat daerah pula. Semoga kemenangan berpihak kepada beliau nanti, insyaallah.




Jumaat, 17 April 2026

Jamuan Raya Sekolah Sri Khaira


Assalamualaikum ...

Salam Jumaat diucapkan kepada teman-teman semua. Pejam celik pejam celik, rupanya kita dah berada di pengakhiran bulan syawal.

Hari ini Jumaat, 17 hb April 2026. Sekolah Kafa Sri Khaira, sesi pagi di tempat saya mengajar mengadakan jamuan raya dan penutupan kamil sekolah. Sekolah tempat saya mengajar ni, muridnya taklah begitu ramai kerana kat tempat saya tinggal banyak saingan, banyak sekolah Kafa lain yang bari dibuka juga. Kalau dulu, murid begitu ramai. Sekarang hanya ibu bapa yang mempercayai sekolah Khaira sahaja yang menghantar anak mereka belajar di sini.

Tapi tak mengapa, walaupun murid tak ramai, tanggungjawab kita sebagai guru perlu diteruskan. Kalau murid sedikit senang nak fokus pada anak-anak.

Serba sedikit photo yang sempat dijadikan kenangan sempena jamuan raya tahun ini.






Happy je mereka... dapat duit raya dari kawan-kawan, guru-guru serta pihak sekolah.




Bergambar beramai-ramai bersama ustaz, merupakan pengurusan sekolah Sri Khaira.



Suka melihat keletah anak-anak. Mereka kelihatan happy sahaja.




Kelas darjah 3 bersama Ustazah Zara.


Hidangan makanan potluck yang dibawa anak-anak.



     



          

Murid-murid menjamu selera dengan makanan yang dibawa.



Backgound raya yang serba ringkas. 







Persembahan lagu raya dari pelajar darjah 1 dan darjah 2.


Persembahan lagu raya dari pelajar darjah 3.



Persembahan hafazan.


Juga persembahan bercerita.




      Sebelum balik, murid darjah 3 
mendapat hamper untuk persembahan lagu raya.


       

Kelas darjah 1 dan darjah 2 juga mendapat hamper untuk persembahan lagu raya.