Jumaat, 27 Julai 2012
Bubur Lambuk
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam untuk semua, semoga ceria selalu. Kali ini saya ingin kongsikan mengenai resepi bubur lambuk yang saya ambil resepinya dari enternet. Dah tak ingat dah siapa punya resepi. Tapi, buburnya sangat sedap. Kalau dulu, nak makan bubur lambuk kenalah pergi kampung baru.Tapi kali ini saya cuba buatkan sendiri. Lihat resepinya....
Resepi Bubur Lambuk
Bahan-bahan:
2 cawan beras (dibasuh dan toskan)
santan dari satu biji kelapa
1/2 kg daging -dipotong kecil
2 batang serai -diketuk
2 sdb minyak sapi
3 sdb minyak masak
garam
air
Bahan tumbuk:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah tumis:
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
Bahan rempah: (goreng kering & dimesin halus)
1 sdt jintan putih
1 sdk ketumbar
1 sdk lada sulah
1 sdk lada hitam
Bahan hiasan: (dimayang halus)
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
garam
bawang goreng
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak serta minyak sapi dan
masukkan bahan tumbuk hingga wangi dan
garing.
2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan
daging. Biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan
sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila beras dah nampak pecah, masukkan
santan dan rasakan garam.
5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan
hiasan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan