Khamis, 26 Julai 2012

Kuih Sagu Merah


              Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia, semoga ceria selalu. Kali ini saya nak kongsikan mengenai kuih sagu merah. Kuih ni memang kesukaan saya dan keluarga. Saya buatkan untuk juadah berbuka puasa. Kuih ni menggunakan loyang 8x8. Kuihnya memang senang sangat nak dibuat. Biasanya saya kukus kuih ni. Kita semak resepinya...




Resepi Kuih Sagu Merah

Bahan-bahan:
300 gm sagu
400 ml air
200 gm gula putih
sehelai daun pandan
pewarna sirap ros merah
1/2 biji kelapa putih muda
sedikit garam


Cara membuatnya:
1. Sagu direndam terlebih dahulu lebih kurang
   10 minit supaya kembang.
2. Masak air, gula dan daun pandan sehingga
   mendidih.
3. Masukkan sagu dikacau perlan-lahan.
4. Masukkan pewarna sirap ros merah.
5. Bila sagu dah masak, baru dituangkan ke 
   dalam loyang.
6. Kukus selama 30-40 minit atau sehingga
   sagu nampak jernih.
7. Angkat dan sejukkan.
8. Potong setelah ia sejuk. Salutkan atau
   gaulkan dengan kelapa parut muda yang
   digaul dengan sedikit garam. Siap untuk
   dihidangkan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan