Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu sahabat semua. Moga kawan-kawan semuanya sihat-sihat selalu.
Hari ni saya dan keluarga tak kemana-mana pun. Buat kerja rumah apa yang patut. Pagi-pagi lagi sibuk kemas rumah, kemaskan pokok-pokok dilaman, buang daun-daun kering, gantikan air pada pokok yang berada di dalam rumah untuk elakkan nyamuk bertelur. Hampir tengahari pulak cuci baju sambil memasak.
Menu lunch hari ni, masak lemak ikan kering dengan nenas, ayam goreng, ulam serta sambal belacan dan sedikit buah tembikai.
Untuk ayam goreng pula saya perapkan ayam dengan garam, kunyit serta sedikit rempah kari daging. Perap sebentar, barulah digoreng dengan minyak panas.
Bahan-bahan:
ikan kering
nenas
santan
serai
sedikit lengkuas
daun kunyit
garam, gula dan perasa
Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
10 biji cili api
kunyit hidup
Cara memasak:
1. Masukkan bahan blender ke dalam periuk, juga serai, lengkuas, asam keping serta daun kunyit. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan ikan kering serta nenas. Masak lagi hingga nenas lembut.
3. Masukkan santan, sering dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
4. Perasakan dengan garam, gula serta perasa. Dah masak barulah diangkat untuk dihidangkan.
Feveret saya tu
BalasPadamYa kan... Masak lemak ikan kering ni memang kesukaan semua orang.
PadamMakanan yang menyihatkan..alhamdulillah..rajin memasak anak anak pasti happy
BalasPadamAlhamdulillah... Memang selalu kena masak, sebab kat kawasan tempat tinggal saya ni banyak sangat kedai mamak. Tak berapa suka masakan mamak. Kalau gi kedai mamak pun setakat makan roti canai je.
PadamMenyelerakan...
BalasPadamAlhamdulillah...
Padamsedap lauk tu...lama tk mkn gulai lemak ikan masin nenas tu
BalasPadamBoleh masak nanti mama Tisya. Resepinya pun mudah ja.
PadamSedapnya masak lemak tu.. ada ulam dengan sambal belacan pula.. memang bertambah makan nie..
BalasPadamMemang pun Sha, tak cukup sepinggan nasi.
PadamMasak lemak tu yang saya serbu dulu hehe... Kalau jumpa dekat kenduri² pun, wajiblah ambil :3
BalasPadamBetul tu Puan Hazel... Lauk kesukaan semua orang kan...
PadamSingah lagi..semoga terus berblog ya
BalasPadamTerima kasih tuan Etuza singgah sini lagi, insyaallah saya akan merajinkan diri untuk update blog yang suam-suam kuku ni.
Padam