Jumaat, 4 September 2026

Kegiatan Semalam Tanam Kembali Pokok Bunga

 

Assalamualaikum...

Masih lagi dalam mood cuti, lusa dah start bekerja. Ini kegiatan semalam, manfaatkan masa yang ada dengan menanam kembali bunga2 yang ada. 

Ingat kat tempat baru ni dah tak nak tanam menanam lagi. Tapi bila hobi ni, tak puas hati kalau tak menanam. Jadi tanamlah apa yang ada.

Kat rumah baru ni, kawasannya memang teduh. Kurang ada cahaya matahari, Jadi kita tanam bunga2 indoor plant sahaja lah buat penyeri laman.





Keluarkan tanah-tanah dari pokok yang lama, tambah skam padi, tambah baja tahi ayam serta tanah baru yang dibeli dari kedai.


Mudah-mudahan bertambah segarlah bunga selepas ini.









Inilah sebahagian pokok-pokok bunga yang dah ditanam semula. Insyaallah hari sambung lagi kerja semalam, masih ada lagi bunga yang perlu ditanam semula.



5 ulasan:

  1. Saya pun dah lama tak tukar ganti tanah kat pasu. Biasa siram dan baja 2 minggu sekali..

    BalasPadam
  2. Alaaa bestnya tgok pokok bunga Kak Diela...SA ni ntah bila la dapat buat aktiviti macam ni..kena tunggu pencen agaknya kan...suami dh berzikir dah tu nak tanam.pokok bunga x dapat2 lagi..

    BalasPadam
  3. Menghijau je tengok. Best menanam ni jadi terapi.

    BalasPadam
  4. Pokok pothos dan snake plants tu sesuai sangat kalau kurang cahaya dan tahan lasak. Tak perlu penjagaan rapi pun okay je hidupnnya.
    Berseri rumah kalau ada pokok-pokok berdaun hijau ni kan.
    Saya ada letak pokok dalam rumah juga, tapi guna leca balls.

    BalasPadam
  5. Kalau memang dah hobi, pasti sukaaaa kegiatan begini. Macam mama saya juga, passionnya gardening. Suka kalau lihat tanaman subur begini, apalagi kalau sampai berbunga

    BalasPadam