Assalamualaikum...
Salam Jumaat saya ucapkan kepada sahabat semua. Cepatnya masa berjalan, tau-tau dah hampir habis cuti penggal seminggu. Tinggal 2 hari lagi akan bersekolah semula.
Sebelum cuti tempohari group ngaji kami mengadakan gader-gader klas ngaji di Cafe Noreh & Ngopi Ore Kampung bertempat di Tasik Puteri.
Best juga sekali sekala dapat meluangkan masa lepak santai bersama mereka.
Cantik cafenya dihiasi dengan barangan hiasan ala-ala kampung. Makanannya pun sedap-sedap belaka.

Makanan yang saya order. Mulanya nak order nasi goreng bunga kantan, tapi tak ada lah pulak. Maka saya order laksa johor saja.
Suka dengan hiasannya, macam-macam jenis barangan lama, berada di sana terasa seolah-olah kita berada di rumah kampung.
Sebelum balik ambil gambar beramai-ramai dulu kat depan cafe.















Tiada ulasan:
Catat Ulasan