Sabtu, 16 Ogos 2025

Masak Cucuq Sayur Untuk Sarapan Pagi

 

Assalamualaikum...

Selamat berhari minggu sahabat semua. Alhamdulillah... cuaca cerah ja pagi ni. Biasanya kalau hari minggu saya jarang keluar. Seharian duduk rumah, siapkan kerja rumah yang tertangguh dan buat apa yang patut. 

Pagi ni tak tau nak masak apa untuk sarapan pagi, jadi saya buat cucuq sayuq ja lah. Masak apa yang ada kat dalam peti sejuk. Kalau tepung tu memang sentiasa ada kat dapur.

Buat  cucuq ni mudah ja, potong apa yang patut. Masuk tepung, bancuh tepung dengan air garam. Siap untuk digoreng. Kalau kawan-kawan tak ada idea nak masak cucuq, boleh ikut resepi saya ni.




Resepi Cucuq Sayuq

Bahan-bahan:

tepung gandum

karot (dipotong dadu)

kentang (dipotong dadu)

kobis (potong kecik-kecil)

ikan bilis

lada sulah

garam



Cara memasaknya:

1. Masukkan bahan yang dipotong ke dalam bekas. Masukkan tepung, ikan bilis juga lada sulah.

2. Bancuh air garam, masukkan kedalam bekas tepung tersebut. Gaul hingga bercampur rata.

3. Panaskan minyak masak, sudukan adunan ke
dalam minyak panas. Goreng hingga kekuningan. Balik-balikkan selalu supaya kuih masak sekata.

4. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidangkan.



Cucuq ni boleh dihidangkan bersama sos cili, mayonaise atau apa-apa sos yang kita sukai.

Selamat mencuba.



5 ulasan:

  1. SA pun suka gak buat cucur sayur..kadang beli tepung khas untuk bakwan di ninso..ada banyak je jual..kadang bancuh sendiri...teringin nak buat cucur sayur gak la..lama x buat

    BalasPadam
  2. Hujung minggu syok duduk rumah bermalasan, lepak2. Cekodok makan sarapan memang sedap.

    BalasPadam
  3. Sedapnya tengok cucuq dia buat. 😋
    Salam kenal, Diela. Saya singgah balas dan follow.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum dan salam kenal.. cucur sayur ni dulu kegemaran arwah ayah.. walau kegemaran dia tapi dia sendiri je yg suka masak..
    Btw saya follow sini yer.. dah jadi follower ke 210 ☺️

    BalasPadam