Selasa, 12 Ogos 2025

Jom Cuci Mata Di Nursery Bunga

 Assalamualaikum...

Salam di hari Selasa yang begitu cerah hari ini. Semoga sahabat semua bahagia selalu disamping tugas-tugas harian.

Hari ni tarikh ambil ubat encik suami di Hospital Sungai Buloh. Jadi Lepas je ambil ubat, kita ambil kesempatan singgah kat nursery bunga yang terletak di belakang hospital Sungai Buloh.

Biasanya kalau pergi pada hari Sabtu dan Ahad memang ramailah orang, nak parking kereta pun susah. Kalau pergi hari kerja, ok lah sikit tak ramai orang.

Apa-apa pun jom tengok bunga apa yang di jual di sana.


                                    
      

                                 

                     Sebenarnya kat Sungai Buloh ni banyak sangat kedai yang menjual bunga-bunga. Sederet jalan ni, semuanya nursery bunga. Nak bunga apa semuanya ada, tinggal pilih saja.





                                  

Ada bunga indoor dan ada juga bunga outdoor.






                 

Peminat bunga orkid boleh datang ke sini. Ada macam-macam spesis orkid dengan bermacam warna juga ada dijual di sini.







Bunga aglonema juga ada bermacam-macam warna corak daunnya.



Ini pula bunga bougenvilla, tapi tak banyak warna.









Bukan sahaja pokok bunga, pokok herba serta pokok sayur juga ada dijual disini.






Bunga rose memang feverat saya, tapi tak pandai menjaganya. 







Bunga purple yang sangat cantik. Dah pernah beli sebelum ni, tapi tak tahan lama, mudah mati.



 Ada juga bunga gantung.




Sebenarnya banyak lagi pokok dan bunga yang ada dijual disini, bermacam-macam spesis dan jenis. Ada pokok yang berdaun sahaja dan ada juga pokok yang berbunga. Ada bunga kecil dan ada bunga yang dah besar. Harganya pula memang berpatutan, ada yang mahal dan ada yang murah. 
Hanya ini sahaja yang saya dapat snap gambarnya. Insyaallah dilain kesempatan dapat datang lagi di kedai bunga yang lain pula.





10 ulasan:

  1. orked tu kalau mak sis nampak, rajin dia membelek dulu sebelum membeli.. dia boleh perasan warna/ jenis mana yang mana dia belum ada.. hehe.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun, peminat orkid lah kata kan. Kalau saya tak boleh bela pokok orkid, tak pandai. Tanam orkid tak pernah pun berbunga. Last last kering mati macam tu saja.

      Padam
  2. Suka tengok pokok bunga subur di nursery. Tapi kalau beli, hidup segan mati tak mahu jew hihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah kan... Saya pun tanam bunga lama-lama baru tahun cara penjagaannya. Tapi tak semua bungalah. Ada juga bunga, kalau terlebih siram jadi busuk akar.

      Padam
  3. Orkid tu cantik2. Suka tengok tapi tak minat nak becucuk tanam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apalah Cie, kadang ada orang yang tak berminat bercucuk tanam, tapi minat buat benda lain.

      Padam
  4. Pasti jika dekat Etuza antara yang datang..nampak bunga aglonema..daun merah tu cantik semua..

    BalasPadam
  5. Syurga bg pencinta flora ni.. salam kenal tuan rumah.. first time ke sini

    BalasPadam
  6. Segar mata tengok pokok subur camni. Kalau sendiri yang tanam entahlah segar bugar ke mati kelayuan je. Hihi.

    Datang membalas kunjungan dan follow kembali tuan tanah.

    BalasPadam
  7. Ada yang ikut balik tak Diela ? Jarang la keluar nursery pokok ni tangan kosong kan :)

    BalasPadam