Sabtu, 23 Ogos 2025

Berbagi Rezeki Dengan Lebah

 

Assalamualaikum...

    Selamat bercuti di hujung minggu kepada kawan-kawan semua. Hari ni hari miggu, rasanya ramai diantara kalian yang lebih suka berehat kat rumah... kan. Sama lah juga dengan saya, rasa malas je nak keluar. Petang nanti kena keluar jugak kerana ada bahan keperluan perlu dibeli.

Pagi-pagi suka tengok tanaman di laman. Dari jauh kelihatan ada lalat yang datang menghurung bunga. Bila pergi dekat je, ternyata itu bukan lalat, tapi sebenarnya lebah.



Bila diamat-amati, setiap hari ada je lebah yang akan datang bertandang selagi bunga masih berkembang. Terlihat bunga yang sekecil itu rupanya mengandungi banyak madu.










 



Bayangkan kalau di sekeliling rumah kita ditanami banyak pokok yang berbunga dengan pelbagai warna dan rupa, sudah pasti banyak serangga lain seperti rama-rama atau lebah yang datang bertandang.

Selain laman kelihatan cantik, juga dapat berkongsi rezeki dengan serangga yang lain.








4 ulasan:

  1. Tak susah rupanya untuk mengumpul pahala. Terima kasih perkongsiannya Diela.

    BalasPadam
  2. Lebah memang suka bunga. Cantik2nya bunga. Sejuk mata memandang.

    BalasPadam
  3. Ya Allah seronoknya tengok lama puan, banyak bunga. Berseri! Kadang kita tak sedarkan, saling berkongsi dgn makhluk Allah yg lain

    BalasPadam
  4. Pandai lebah tu datang kan..hisap madu bunga..Suri hati suka tanam bunga jenis ini..bunga seri pagi

    BalasPadam