Jumaat, 7 Disember 2012

Ikan Kembung Masak Pindang

     
         Assalamualaikum wrh...wbr...

      Salam bahagia kepada teman-teman sekalian. Entri kali ini mengenai masakan yaitu ikan kembung masak pindang. Masakan ini memang ringkas sahaja cara memasaknya, main rebus aja. Inilah resepinya...




Resepi Ikan Kembung Masak Pindang

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung
2 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit air asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara memasaknya:

1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan
   Bahan yang dikisar, serai, air asam jawa 
   serta air secukupnya ke dalam periuk.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam. 
   Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api 
   masukkan buah tomato.
3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk 
   dihidangkan.

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Masakan ni tak payah pakai minyak Faezah. Sesuai sangat untuk orang yang berdiet atau orang yang tak suka makanan yang berlemak dan berminyak.

      Padam