Ahad, 23 Disember 2012

Ikan Cencaru Bakar

         
        Assalamualaikum wrh wbr......

     Salam di hujung minggu kepada kawan-kawan semua. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Hari ini saya masak ikan cencaru bakar untuk menu makan tengahari. Alhamdulillah makan nasi sampai bertambah lah juga. Maklumlah sekali sekala masak ikan bakar ditambah pula dengan air asam. Ummmph ... sedapnya.






Resepi Ikan Cencaru Bakar 

Bahan-bahan: 

3 ekor ikan cencaru 
3 batang serai *
2 ulas bawang besar *
3 ulas bawang putih *
6 biji cili api *
3 biji cili hijau *
segenggam kelapa parut *
1 inci kunyit hidup *
air asam jawa secukupnya
garam dan gula
sedikit minyak

Cara memasaknya:

1. Ikan cencaru dibelah belakang, dicuci
   bersih serta dilumur garam serta kunyit.
2. Blend kan bahan-bahan yang bertanda * 
   dengan sedikit sahaja air. 
3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak 
   serta masukkan bahan-bahan yang diblender
   tadi. rasakan ia. Bila dah agak kering, 
   tutupkan api.
4. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke
   dalam ikan tersebut, bakarlah sehingga ikan
   itu masak. Sekiranya tidak mahu di bakar, 
   boleh juga digoreng.


2 ulasan:

  1. dpt cicah ngan air asam plk..3 ekor ikan pun xcukup nk ratah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye.... lah Adda. Kalau keluarga besar memang tak cukup masak 3 ekor je. Mesti kena masak lebih.

      Padam