Jumaat, 14 Disember 2012
Kuih Cempedak Goreng
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam di petang Jumaat, semoga anda semua sihat-sihat sahaja di hari ini. Petang ni hujan pula turun dengan lebatnya. Biasa lah kalau hujan-hujan ni perut pun jadi lapar. Kelmarin kebetulan ada pula saudara datang dari kampung bawa buah cempedak. Apa lagi.... jadi cempedak goreng lah jawabnya. Dimakan pula bersama teh panas. Hmmm.... sedapnya. Biasanya kalau masak yang goreng-goreng, saya suka gunakan tepung beras je, kerana ianya sangat rangup. Lihatlah resepinya yang serba ringkas ni....
Resepi Cempedak Goreng
Bahan-bahannya:
2 senduk tepung beras
sedikit garam
air secukupnya
sedikit kunyit
minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan-bahan tersebut
hingga sebati. Bancuhan hendaklah pekat
sedikit agar bersalut dengan ulas cempedak.
2. Panaskan minyak, masukkan cempedak
tersebut. Goreng lah serta balik-balikkan.
3. Setelah kekuningan barulah diangkat untuk
dihidangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hujan hujan macam ni... kalaulah orang hulur cempedak goreng panas-panas... alangkah bahagianya...
BalasPadamKalau cuaca hujan-hujan begini, jangankan cempedak goreng. Kalau ada pisang goreng ke atau kuih-kuih goreng yang lain memang best... kan.
Padam