Isnin, 17 Disember 2012

Padprik Ayam

         
          Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam mesra untuk semua, moga ceria-ceria selalu. Hari ini saya masak ayam padprik untuk makan tengahari. Terfikir-fikir juga nak masak apa hari ini, ayam masih ada lagi dalam simpanan. So, saya masak padprik ayam lah untuk hari ini. Lihatlah resepinya....






Resepi Padprik Ayam

Bahan-bahan:

2 ketul dada ayam (dipotong kecil-kecil)
sedikit kacang buncis / kacang panjang
1 batang karot
sedikit halia (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
5 biji cili api (diketuk)
3 helai daun limau purut (dicarik-carik)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 batang serai dihiris kasar
1 biji tomato (dibelah 4)
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
garam serta gula
minyak secukupnya untuk menumis

Cara memasaknya:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang 
   putih, halia serta serai. 
2. Kemudian masukkan ayam, bila ayam 
   dah agak-agak masak, masukkan karot, 
   kacang buncis, sos cili, dan sos tiram.
3. Kacau beberapa saat, kemudian masukkan 
   bawang besar, cili api daun limau purut 
   serta garam.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Rasakan
   ia. Jika sudah cukup rasa, bolehlah di
   angkat untuk dihidangkan.




2 ulasan:

  1. Salaam Fadzillah.

    Sedapnya padprik. Dah lama tak masak lauk ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.... Mama Fami.
      Sekali sekala masak lauk padprik ayam.... memang sedap. Dimakan pula dgn nasi hangat bersama goreng telur. Tak cukup dua pinggan nasi... nampaknya.

      Padam