Jumaat, 21 Disember 2012
Kuih Apam Tepung Gandum
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam di petang Jumaat untuk semua teman-teman. Cuaca di petang ini, hujan turun dengan lebatnya. maka biasanya bila hujan perut pun jadi lapar lah. Tercari-cari apakah kuih yang hendak dibuat untuk minum petang ini. Dah lama tak buat kuih apam. Bila lihat kuih apam kat Blog KAYU MANISKORNER 563, teringin pula hendak mencubanya.
Bila dilihatkan bahan-bahannya dah sedia ada. Maka saya pun cubalah resepinya. Sedap kuih apam ni . Anak-anak saya pun suka. Terima kasih Kayu Maniskorner kerana share kan resepinya. Saya copykan resepinya kat sini pula ya....
Resepi Kuih Apam Tepung Gandum
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sdb ibu roti (mauripan)
2 cawan air suam
1 cawan kelapa parut
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Campurkan ibu roti ke dalam air suam,
biarkan hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan gula
merah, kacau hingga sebati dan tidak
berketul-ketul.
3. Perap selama 1 jam atau lebih sehingga
adunan naik sekali ganda.
4. Panaskan pengukus. Sapu sedikit minyak
pada loyang. Masukkan adunan ke dalam
loyang dan kukuslah sehingga masak selama
lebih kurang 25 minit.
5. Sejukkan dahulu baru dipotong. Makan
dengan kelapa parut yang digaul dengan
sedikit garam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
makan masa sarapan sedap tu...masa minum tg pun sedap...
BalasPadamBetul tu Kamsiah.... Sesuai sangat di makan untuk sarapan pagi atau minum petang.
Padam