Selasa, 11 Disember 2012

Ikan Patin Masak Tempoyak

        
          Assalamualaikum wrh...wbr...

      Salam di petang Rabu untuk semua. Semoga berbahagia selalu. Masak apa untuk makan tengah hari ni. Alhamdulillah, hari ni saya masak ikan patin masak tempoyak. Hmm.... sedapnya. Bertambah-tambah lah hari ini makan nasi. Sebenarnya dah lama beli ikan patin ni. Asyik teragak-agak nak masak. Hari ni, berjaya juga saya masak tempoyak. First time, sebenarnya beli ikan patin ni. Ikannya agak berbau juga, sbb tu tak suka nak masak. Tapi bila dah dicuci dengan air asam dan garam, tak lah berbau sangat. Boleh lah dimakan. Marilah kita lihat resepinya...




Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan:

1 ekor ikan patin (dipotong dan dicuci 
        dengan air asam serta garam)
2 batang serai (dititik)
2 sdb tempoyak ( kalau tak cukup boleh 
         tambah lagi)
20 biji cili api ( kalau nak pedas lagi boleh 
        tambah)*
4 ulas bawang kecil*
1 inci kunyit hidup*
1 helai daun kunyit
secekak daun kesum
gula serta garam secukup rasa
air secukupnya untuk kuahnya

Cara memasaknya:

1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *. 
   Panaskan periuk, masukkan bahan-bahan
   tumbuk, serai tempoyak, serta sedikit air.
   Masak hingga mendidih bahan2 tersebut.
2. Kemudian masukkan ikan, daun kunyit
   serta daun kesum. Biarkan lagi sehingga 
   mendidih. Masukkan garam serta gula 
   secukup rasa. 
3. Rasakan ia, bila dah cukup rasa, barulah 
   diangkat untuk dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan