Isnin, 15 Jun 2020

Kuih Apam Nasi


Assalamualaikum...

Salam dipagi Selasa yang indah, moga semua sahabat ceria dan bahagia selalu.

Lama tak masak kuih, bangun pagi ni dok pikir juga nak buat kuih apa. Teringat lama tak buat kuih apam. Lihat dalam periuk ada nasi sejuk baki semalam. Jadi kita buatlah kuih apam nasi pagi ni.

Sementara tunggu adunan naik, sempat lagi pergi beli kelapa parut. Sebenarnya apam nasi ni makan saja tanpa kelapa parut pun dah sedap. Kalau ada kelapa parut bertambah2 sedap lah lagi.

Jom kita tengok resepinya...



Resepi Kuih Apam Nasi

Bahan-bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 peket yis mauripan
pewarna
acuan yg disukai



Cara memasaknya:

1. Mula-mula kisar nasi dengan air hingga

   halus.

2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam

   bekas yg besar sedikit, masukkan yis, 
   tunggu sehingga  yis kembang.

3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras.

   Kacau hingga sebati, perap selama 1 jam.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,

   warnakan mengikut warna kegemaran.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan yg disapu

   dengan sedikit minyak terlebih dahulu
   supaya tidak melekat dan mudah untuk 
   ditanggalkan nanti.

6. Panaskan periuk pengukus, kukus selama 

   lebih kurang 15-20 minit. Siap.


Untuk mengelakkan kelapa parut cepat basi, kukus sebentar. Kemudian gaulkan dengan sedikit garam. Siap untuk dimakan bersama kuih apam.


Ahad, 14 Jun 2020

Sandwich Sardin


Assalamualaikum...

Selamat pagi... moga semuanya sihat selalu.
Hari ni buat sanwich sardin untuk sarapan pagi ni.


Sandwich Sardin

Bahan-bahan:

1 tin sarden
sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
roti gardenia
mayonaise
1 biji bawang holand (dicincang halus)
daun salad



Caranya:

1. Tumis bawang putih dan bawang merah 
   hingga layu, masukkan sardin. Masak 
   hingga pecah minyak.

2. Lenyek sardin, masukkan bawang holand yg
   dicincang halus.

3. Sapu mayonaise pada permukaan roti, 
   letakkan inti sardin, letak salad
   diatasnya. Letakkan juga roti ke atasnya.

4. Potong roti secara menyerong, siap untuk 
   dihidangkan.


Sedap dimakan bersama teh O atau kopi O panas.



Jamu mata dgn kecantikkan bunga-bunga


Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu, semoga anda pengunjung blog Diari Diela diberikan kesihatan yg baik dihari ini.

Rasanya minggu ni ramai yang pulang menziarahi keluarga dikampung, maklumlah sebelum ni kita tidak dibenarkan merentas negeri. Alhamdulillah syukur, disebabkan kes covid 19 semakin membaik, jadi kita sudah diberikan banyak kelonggaran melakukan pergerakkan kemana sahaja tetapi masih mengekalkan sop.

So hari ni, encik suami mengajak ke nurseri bunga katanya nak membeli pokok kegemarannya pokok bunga kertas. Sukanya saya... apalagi bolehlah cuci mata dengan keindahan, kecantikkan dan kesegaran bunga-bunga.

Dah lama tak jalan-jalan ke nurseri bunga Sungai Buloh. Bila sampai disana, masya allah ramainya orang. Seperti pergi ke pasar pagi lah pulak. Mungkin sebelum ni orang tak boleh keluar ke mana2. Jadi hujung minggu ni ramai yg ambil kesempatan keluar membeli bunga2 kegemaran mungkin.



Macam-macam jenis bunga ada dijual, seperti orkid, pokok lidah jin yg tengah viral sekarang ni.






Ada pokok yang boleh ditanam didalam dan luar rumah. Cantik2 bentuk  serta coraknya. Tapi boleh tahan jugaklah mahalnya bila dah habis pkp berbanding dulu.




Ini pokok yang tak payah guna tanah, hanya letak diatas rak atau ditampal pada kayu.


Ini pula pokok daun basil.


Pokok sirih gading atau money plant, pokok palm dan macam-macam lagi.







Bahagian yang saya paling suka, pokok kaktus. Kalau nampak kaktus mesti nak jugak beli walaupun satu. Aduhai... cantik-cantik semuanya.





Pokok bunga kertas.


Ni hasil tangkapan saya, tak banyak pun. Tapi beli juga.

Khamis, 11 Jun 2020

Kuih Bingka Ubi Kayu


Assalamualaikum...

Salam dihari Jumaat yang indah ini, semoga sahabat semua sihat hendaknya.

Alhamdulillah rezeki, ada yang kirim ubi kayu. Kelmarin dah rebus makan dengan kelapa, tapi masih berbaki setengahnya. Jadi saya parut buat bengkang ubi.

Jom tengok resepi bengkang ubi mudah dari saya.


Resepi Bingka Ubi Kayu

Bahan-bahan:

4 cawan ubi yang diparut
2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1/2 sdt garam
2-3 titik pewarna kuning
sedikit butter



Cara membuatnya:

1. Parut ubi kayu, kemudian barulah disukat
   dengan cawan. Masukkan kedalam bekas 
   bersama semua bahan, kacau dengan senduk 
   hingga sebati.

2. Masukkan kedalam loyang yang digris dengan
   butter.

3. Bakar kedalam oven dengan suhu 200 C 
   selama 1 jam lebih kurang.

4. Bila dah masak angkat dan keluarkan. 
   Tunggu sejuk dahulu baru dipotong.



Sesuai untuk sarapan pagi atau minum diwaktu petang.



Sebelum dibakar.



Selepas dibakar.


Jumaat, 5 Jun 2020

Agar-agar Sirap Rose


Assalamualaikum...

Kalau dulu-dulu agar sirap rose ni di panggil lengkong. Kalau kenduri kendara kat kampung dulu, emak selalu buatkan agar-agar ni sebagai buah tangan untuk tuan rumah kenduri tersebut, dimasukkan ke dalam mangkuk tingkat atau dikenali sebagai sia. Bila balik nanti mangkuk tingkat tu diganti pula dengan nasi serta lauk kenduri.

Best kan dulu-dulu, tapi sekarang ni dah tak ada lagi tradisi macam tu. 

Berbalik kepada agar-agar sirap rose ni, sekarang ni tak ramai yg meminati agar ni, dah agak tenggelam disebabkan penemuan pelbagai puding yang berbagai bentuk dan rupa serta pelbagai warna dan perisa.

Jom kita cuba agar-agar legand ni, resepinya sangat2 mudah untuk dibuat. 



Resepi Agar-agar Sirap Rose

Bahan-bahan:

25 gm agar2 tali
2 liter air
2 helai daun pandan
2 cawan gula
perisa sirap rose secukupnya



Cara memasaknya:

1. Rendam agar-agar hingga lembut.

2. Masak bersama air, daun pandan hingga
   agar2 mendidih serta larut.

3. Kemudian masukkan pula gula serta perisa
   sirap rose.

4. Tapis dan bekukan kedalam loyang yang         disukai. 


Rabu, 3 Jun 2020

Ayam Selasih Thai / Pad Kaprow Gai


Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat sekalian...

Hari ni saya cuba resepi masakan Thai. Kebetulan ke pasar hari ni, terjumpa daun selasih Thai, apalagi teruslah saya beli. Dah lama nak cuba masakan Thai yang satu ni. Baru hari ni dapat saya mencubanya.

Ternyata memang sedap, apa lagi dimakan bersama nasi panas-panas. Memang bertambah-tambah lah nasinya. Jom tengok resepinya...



Resepi Ayam Selasih Thai

Bahan-bahan:

isi ayam (dipotong kecil-kecil)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
cili api mengikut selera dipotong kecil)
segenggam daun selasih
minyak untuk menggoreng
sos tiram
kicap manis
kicap pekat
sos ikan
gula perang




Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis bawangputih hingga 
   naik bau, masukkan cili padi. Biarkan
   sebentar.

2. Masukkan ayam, goreng hingga ayam masak.

3. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap 
   pekat, sos ikan serta gula, kacau hingga 
   bergaul rata.

4. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau
   hingga daun layu.

5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih
   serta telur mata.




Selasa, 2 Jun 2020

Kuih Tat Nenas Kiub / Bar


Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua...
Mungkin ada yang masih beraya lagi, minggu ni minggu kedua syawal.

Kat rumah ni kuih muih semuanya dah habis. Tapi memandangkan bahan2 utk buat kuih sebelum raya hari tu masih ada lagi, maka saya buatkan biskut kembali.

Kali ini saya cuba buatkan kuih tat nenas kiub pula. Saya cuba resepi dari CITARASAWAN.



Resepi Kuih Tat Nenas Kiub

Bahan-bahan:

220 gm mentega
50 gm gula icing
40 gm susu tepung
300 gm tepung gandum
20 gm tepung kastad
1 biji telur
1 sdt esen vanila
sedikit pewarna kuning
Jem neas secukupnya

Hiasan:
kuning telur ditambah sedikit pewarna kuning



Cara-caranya:

1. Krimkan mentega dan gula, masukkan telur
   dan esen vanila, juga pewarna dan pukul 
   sebati.

2. Masukkan semua tepung yang diayak, uli
   menjadi doh yang lembut.

3. Ambil doh sebesar ibu jari, masukkan inti
   nenas ditengahnya. Tekan kedalam acuan
   coklat berbentuk bar. Simpan di dalam 
   petisejuk beku selama 15 minit. Kemudian 
   keluarkan dari acuan dan sapu dengan 
   kuning telur.

4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan
   terlebih dahulu pada suhu 150 C selama 25 
   hingga 30 minit.

5. Bila biskut dah masak, sejukkan dahulu 
   sebelum disimpan di dalam bekas kedap 
   udara.