Assalamualaikum...
Salam dihari Jumaat yang indah ini, semoga sahabat semua sihat hendaknya.
Alhamdulillah rezeki, ada yang kirim ubi kayu. Kelmarin dah rebus makan dengan kelapa, tapi masih berbaki setengahnya. Jadi saya parut buat bengkang ubi.
Jom tengok resepi bengkang ubi mudah dari saya.
Resepi Bingka Ubi Kayu
Bahan-bahan:
4 cawan ubi yang diparut
2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1/2 sdt garam
2-3 titik pewarna kuning
sedikit butter
Cara membuatnya:
1. Parut ubi kayu, kemudian barulah disukat
dengan cawan. Masukkan kedalam bekas
bersama semua bahan, kacau dengan senduk
hingga sebati.
2. Masukkan kedalam loyang yang digris dengan
butter.
3. Bakar kedalam oven dengan suhu 200 C
selama 1 jam lebih kurang.
4. Bila dah masak angkat dan keluarkan.
Tunggu sejuk dahulu baru dipotong.
Sesuai untuk sarapan pagi atau minum diwaktu petang.
Sebelum dibakar.
Selepas dibakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan