Jumaat, 5 Jun 2020
Agar-agar Sirap Rose
Assalamualaikum...
Kalau dulu-dulu agar sirap rose ni di panggil lengkong. Kalau kenduri kendara kat kampung dulu, emak selalu buatkan agar-agar ni sebagai buah tangan untuk tuan rumah kenduri tersebut, dimasukkan ke dalam mangkuk tingkat atau dikenali sebagai sia. Bila balik nanti mangkuk tingkat tu diganti pula dengan nasi serta lauk kenduri.
Best kan dulu-dulu, tapi sekarang ni dah tak ada lagi tradisi macam tu.
Berbalik kepada agar-agar sirap rose ni, sekarang ni tak ramai yg meminati agar ni, dah agak tenggelam disebabkan penemuan pelbagai puding yang berbagai bentuk dan rupa serta pelbagai warna dan perisa.
Jom kita cuba agar-agar legand ni, resepinya sangat2 mudah untuk dibuat.
Resepi Agar-agar Sirap Rose
Bahan-bahan:
25 gm agar2 tali
2 liter air
2 helai daun pandan
2 cawan gula
perisa sirap rose secukupnya
Cara memasaknya:
1. Rendam agar-agar hingga lembut.
2. Masak bersama air, daun pandan hingga
agar2 mendidih serta larut.
3. Kemudian masukkan pula gula serta perisa
sirap rose.
4. Tapis dan bekukan kedalam loyang yang disukai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan