Rabu, 18 November 2026

Tahniah Lagi Buat Nurul Ezzati.

 

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Cuaca hari ni sejuk je disebabkan hujan turun ditengahari.

Tak ada cerita sangat pun hari ni sekadar nak share mengenai Nurul Ezzati. 

Happy Birthday buat Nurul Ezzati, yang baru menyambut ulangtahun kelahirannya pada 9 hb November baru-baru ini.

Alhamdulillah Nurul Ezzati berjaya juga menamatkan persekolahan dengan menduduki peperiksaan STA dan STAM sekaligus. Pada mulanya dia tak nak ambil peperiksaan STAM, disebabkan beberapa alasan, tapi setelah dipujuk guru-guru serta guru besarnya, maka dia bersetuju juga untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Minggu lepas di sekolahnya, Sekolah Menengah Agama Taufikiah mengadakan majlis dinner serta penyampaian hadiah untuk pelajar-pelajarnya.




                    

    Alhamdulillah... Nurul Ezzati telah mendapat anugerah cemerlang serta anugerah tokoh pelajar di sekolahnya. Bersyukur sangat-sangat dengan pencapaian yang diperolehinya.










Sebenarnya dia baru sahaja menghabiskan peperiksaan STAM minggu lepas. Resultnya mungkin akan keluar di bulan dua atau bulan tiga tahun depan.

Result peperiksaan STA baru sahaja keluar kerana peperiksaan STA diadakan awal. Alhamdulillah peperiksaan STA dia mendapat Jayyid Jiddan.



Dan juga tahniah buat sekolahnya kerana mendapat kedudukan yang ke 2 terbaik dalam keputusan peperiksaan STA di antara sekolah-sekolah menengah agama di Daerah Yan, Kedah.

Tahniah dan syabas buat guru-guru serta asatizah yang sentiasa bertungkus lumus memberikan tunjuk ajar serta mendidik anak-anak murid mereka. Moga jasa yang ditaburkan mereka akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah swt.





Mudah-mudahan Nurul Ezzati serta kawan-kawannya yang mengambil peperiksaan STAM akan memperoleh keputusan yang cemerlang nanti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan