Sabtu, 14 November 2026

Menu Makan Tengahari Di Hari Sabtu

 

Assalamualaikum...

Semat petang sahabat semua. Petang ni baru saja habis hujan. Cuaca sejuk ja di tempat saya.

Hari ni rajin pula masak memasak di dapur. Untuk menu makan tengahari tadi saya masak ayam masak lemak padang, kemudian kerabu buah beko serta ulam dan sambal belacan.

 

                               

Ayam masak lemak padang ni, lebih kurang sama je dengan masak lemak kita disini, cuma cilinya guna cili api serta cili besar dan kena letak daun limau purut serta lengkuas. Pula cara masaknya, kena ditumis dengan minyak.



Kerabu buah beko.



Buah beko yang dah dibakar.

Ada yang pernah makan buah beko tak? Rasanya pahit-pahit sedikit, tetapi sedap. Kebetulan saya ke pasar malam minggu lepas, Terjumpa buah beko ni, beli lah 2 keping.
Sebenarnya dah lupa yang saya ada beli buah beko ni, tadi bongkar peti ais terjumpa buah ni, rupanya belum dimasak.

Jadi hari ni saya buat kerabu je lah.
Sebelum dimasak kena lah bakar dulu di atas api. Bila dah masak, isinya akan jadi lembut dan berbau wangi. Kemudian baru dikikis kulitnya yang hitam. Sebelum dipotong dicuci bersih dahulu. Barulah dipotong kecil-kecil. Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Last sekali gaul sehingga bercampur rata. Akhir sekali baru diperah limau nipis.




Biasanya kerabu beko ini orang campur dengan isi ikan. Kebetulan pula ikan tak ada, jadi saya gantikan dengan ikan bilis sahaja.
Bahan lain seperti hirisan bawang, hirisan cili api, kelapa goreng juga sedikit kerisik, juga saya masukkan juga sedikit sambal belacan.
Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Last sekali gaul sehingga bercampur rata. Akhir sekali baru diperah limau nipis.


              

Kebetulan ulam hari ni ada daun salad dan pucuk selom.



Juga sambal belacan. Biasanya sambal belacan ni saya buatkan banyak, kemudian simpan dalam peti sejuk. Nak makan je keluarkan. Dan berguna juga untuk goreng nasi pepagi. Guna sambal belacan je pun sedap.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan