Jumaat, 12 September 2025

Petik Pucuk Ubi Kayu Dan Ulaman Di Belakang Rumah

 

Assalamualaikum...

Salam Jumaat kawan-kawan semua, moga semuanya sihat dan bahagia selalu.

Hari ni hari Jumaat, hari yang tak sibuk sangat, melainkan hantar anak-anak ke sekolah. Tengok kebun mini kat belakang rumah pokok ubi dah banyak pucuknya. Kalau tak di petik ia akan jadi tua nanti. So, hari ni saya petikkan pucuk ubi kayu.









Pokok ubi ni hanya tanam kat dalam polybag je, kalau ubinya tu memang tak menjadi lah. Ini rasanya kali ke enam, saya petik pucuk ubi ni. Dah banyak kali jugak boleh makan pucuknya.



Pucuk ubi kayu ni kena selalu dipetik, kalau tidak ia akan jadi tua begitu saja,



                                     


Takda lah begitu banyak pucuk ubi, tapi kalau nak rebus buat ulam tu boleh dah.


Dah alang-alang petik pucuk ubi, petiklah juga ulaman lain seperti pucuk kaduk, ulam ginseng jawa dan juga ulam bayam brazil.

Alhamdulillah... rezeki hari ni. Pucuk ubi ni selain dibuat ulam, masak apa yang paling sedap.







3 ulasan:

  1. Wow…dalam polybeg kecik gitu pun subur.
    Boleh cuba jugak ni.. Saya suka makan pucuk ubi.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah berkat berbudi kepada tanah..Suri hati selalu maka lemak pucuk ubi kayu, kadang masak dengan ikan bilis ..dia tumiskan ..kadang campur untuk rojak boleh juga..

    BalasPadam
  3. Best pucuk ubi celur cicah budu sedap, cicah belacan sedap, cencaluk pun sedap.

    BalasPadam