Rabu, 17 September 2025

Menu makan tengahari dengan Nasi Tomato

 

Assalamualaikum...

Kita sampai ke kampung pukul 9 malam. Besoknya bangun pagi adik sudah menyediakan bahan untuk memasak nasi tomato disebabkan ada saudara dari Pahang yang akan datang bertandang kerumah.

Maka bertungkus lumuslah kita memasak untuk makan tengahari. menu yang dimasak adalah nasi tomato, masak merah ayam, gulai daging, acar timun, rojak buah dan juga hati ayam goreng sama buncis.



Hidangan nasi tomato beserta lauknya, dah macam nasi kenduri.




Gulai daging sama kentang.



Ayam masak merah.



Acar timun.



Hati ayam digoreng sama kacang buncis.

 


                 Papadom goreng.


Rojak buah.





Minumannya pula air sirap ros.



Nasi tomato.





Alhamdulillah... selepas selesai menjamu selera, saya pula diajak jalan-jalan bersama sepupu. Cuba teka saya jalan-jalan ke mana selepas ini. Tunggu entry selanjutnya...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan