Selasa, 9 September 2025

Hari Yang Paling Sibuk Dan Sangat Memenatkan

 Assalamualaikum...

Hari ni hari Selasa, hari yang paling sibuk. Hari ni diberi tarikh encik suami pergi ambil ubat di farmasi hospital kusta Sungai Buluh.

Pagi-pagi lagi dah keluar gi hantai si bongsu, pergi sekolah kebangsaan, kemudian hantar kakaknya pula ke sekolah agama Kafa, mengajar sesi pagi disana.

Balik terus beli nasi lemak serta karipap, untuk sarapan pagi.

Pukul 9 baru bertolak ke Hospital Sungai Buloh. Hari ni kat highway pun jem kereta banyak menghala ke Kuala Lumpur. Biasanya kalau dah lepas pukul 9.00 pagi dah tak ada jem lagi. Mungkin awal pagi tadi hujan kot. 

Bila sampai kat hospital, banyak betul kereta sampai nak parking pun penuh. Jadi terpaksalah parking jauh. Jadi kena lah jalan jauh sikit.

Alhamdululillah... selepas menunggu lebih kurang 45 minit, dah selesai ambil ubat. 

Balik pula terus ambil kakaknya balik dari sekolah. Jadi hari ni saya tak sempat lah nak masak, jadi beli lauk je lah, balik terus masak nasi.




Gulai nangka muda dengan udang.


Sambal udang tempoyak sama petai.


Sambal ikan bilis


Pukul 1.00 pulak ambil si bongsu balik dari sekolah.

Pukul 2.30 sekali lagi hantar si kakak pula kesekolah kafa, mengajar sesi petang. Kemudian saya terus masuk kelas Al Quran pula.

 








Begitulah kegiatan saya di hari ini. Walaupun sedikit memenatkan, tapi happy je. Alhamdulillah dapat juga menghadiri kelas Al Quran di hari ini. Minggu depan dah cuti penggal, maka kelas Al Quran dicutikan kerana ramai yang akan pulang ke kampung.





3 ulasan:

  1. Lamanya tak makan gulai nangka tu. Sedap jugak tu.

    BalasPadam
  2. Teringat lima perkara sebelum lima perkara.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dalam sibuk² pun masih berpeluang masuk kelas Al Quran. Rezeki besar tu puan

    BalasPadam