Assalamualaikum...
Selamat Tengahari dan selamat berhujung minggu sahabat semua. Moga cuti dihujung minggu dimanfaatkan beraktiviti bersama keluarga tersayang.
Alhamdulillah... terasa happy sekali hari ini, setelah mendapat berita anakanda saya Siti Norhaida Hayati dapat melanjutkan pelajarannya ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hujung bulan nanti, insya allah. Moga segala urusannya dipermudahkan.
Biasalah pagi ni menjenguk kebun mini kesayangan di belakang rumah. Sapu-sapu laman serta bersihkan rumput serta gulma yang tumbuh dipasu juga buang daun-daun yang dah kering di pokok.
Jom tengok pokok apa yang ada di kebun mini saya.
Daun pandan tanaman wajib, kalau nak buat kuih tak payah beli lagi tinggal ambil je.
Pokok bayam brazil.
Anak pokok cili yang tumbuh didalam pasu, saya pindahkan ke dalam satu bekas.
Pokok daun sirih.
Pokok ubi kayu, sering diambil pucuknya. Sekali sekala dapatlah makan ulam pucuk ubi kayu.Pokok bunga telang baru saja ditanam semula, belum berbunga lagi.
Pokok ubi kemili.
Pokok cili besar.
Pokok ajinomoto yang baru dibeli kelmarin.
Pokok daun mengkudu.
Itulah sebahagian dari pokok-pokok yang ditanam di belakang rumah. Walaupun ruangnya agak sempit tapi tetap juga bercucuk tanam, sekurang-kurang kalau tak ada sayur bolehlah dipetik saja di belakang rumah.
Hijau!
BalasPadamSelain dapat hasil untuk buat ulam dan lain-lain, bekalan oksigen segar sudah terjamin.
Alhamdulillah..banyak betul pokok dan segar belaka.
BalasPadamGeramnya tengok semua tanaman tu meriah je. Senang je bebila nak petik je.
BalasPadam