Khamis, 11 September 2025

Menu Hidangan Makan Tengahari


 Assalamualaikum...

Ibu-ibu masak apa hari ni untuk makan tengahari. Kalau saya, biasalah kalau hari yang tak sibuk, saya lebih suka masak saja kat rumah.

Masak pun menu yang mudah saja, tidak mengambil masa yang lama.



Hidangan makan tengahari ni, saya masak ayam goreng kunyit, sayur campur kobis, sawi, dan karot. Ulam pula ada timun dan sayur hijau yang dipetik kat belakang rumah. Tak lupa juga sambal bawang ikan bilis.



Untuk ayam goreng kunyit ni, mudah saja cara masaknya. Ayam dipotong agak kecil, kemudian dibersihkan. Letak garam kunyit, gaulkan.

Panaskan sedikit minyak, masukkan ayam tadi. Kacau dan tutupkan tudung supaya cepat masak. Sekali sekala dikacau supaya tidak hangit. Bila ayam tadi dah keluar minyak. Masukkan sedikit sos tiram. Kemudian masukkan pula bawang besar dan cili besar yang dihiris.

    Kacau sebentar, barulah tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.



Untuk sayurnya pula saya tumis seperti biasa.


            

Ulamnya ada ulam timun, pucuk daun kaduk, daun ginseng jawa dan sedikit daun beluntas.



    Untuk sambalnya pula. Biasanya saya buat sambal belacan biasa. Tapi kali ini saya terpaksa tumis disebabkan tak ada belacan, kehabisan stok.

Jadi saya masukkan cili besar, cili api, bawang merah, bawang putih serta sedikit ikan bilis. Saya guna chopper je untuk kisar.

Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan juga asam keping, gula, garam dan serbuk perasa. Goreng sehingga berminyak, barulah ditutupkan apinya. Siap untuk dihidangkan.



1 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Air tangan untuk keluarga dijamin kebersihan dan keenakannya.
    Saya tak sempat masak. Perut lapar terus singgah kedai makan.

    BalasPadam