Jumaat, 26 September 2025

Alhamdulillah... Siti Norhaida Sambung Belajar Di USIM

Assalamualaikum...

Salam di hari Jumaat yang mulia ini. Bertemu lagi di update kali ini, moga semuanya beroleh keberkatan.

Selepas balik dari kampung, kegiatan saya agak sibuk sedikit sehingga tak sempat nak update blog ini. Minta maaf juga kepada kawan-kawan blogging tak dapat nak jalan-jalan ke blog kawan2 semua. 

Baru sekarang ada masa terluang sedikit, bolehlah jenguk blog sekejap.

Oleh kerana anak saya Siti Norhaida Hayati mendapat peluang sambung belajar di USIM, maka tempat mengajar di Kafa digantikan oleh saya buat sementara waktu. Jadi hari-hari saya yang banyak terluang sebelum ini, menjadi sibuk kembali.



Selasa kelmarin sempat saya menghantar Siti Norhaida mendaftar di USIM, yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Lebih kurang 1 1/2jam dari Rawang. Alhamdulillah dekat sahaja, memudahkan dia untuk pergi dan balik ketika cuti. Dia ditawarkan kos Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam.



Para pelajar sedang beratur untuk masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor, untuk taklimat dan pendaftaran.

Pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Pukul 1.00 tengahari baru selesai mendaftar. Sebelum pendaftaran dibuka ramai bakal student dah beratur panjang. Selepas selesai mendaftar, para pelajar dihantar pula ke asrama tempat mereka tinggal.




Masa ni dah pukul 11.00 pagi, masih ramai lagi pelajar yang baru sampai baru nak mendaftar. Kebanyakkan para pelajar datang dari berbagai negeri di dalam Malaysia.



Ibu bapa menunggu anak-anak yang mendaftar di luar dewan dengan penuh kesabaran.



Kemudian para pelajar dihantar oleh ibubapa masing-masing masuk ke asrama bersama barang masing-masing.




Sempat lagi bergambar sebagai kenangan.



Bersama kawannya satu bilik dan satu kos.

Selepas selesai mmenghantar ke asrama, keluar pula membeli barang keperluan apa yang patut. Pukul 4 baru kita bergerak pulang.

Didoakan semoga Siti Norhaida betah disana, belajar dengan bersungguh-sungguh, tuntut ilmu sementara masih muda. Moga dapat menggapai cita-cita dengan membawa segulung ijazah diakhir pengajian nanti, insyaallah.




3 ulasan:

  1. Tahniah anakanda, moga terus suksess 💖💖

    BalasPadam
  2. Tahniah anakanda Siti Norhaida. Semoga dipermudahkan urusan menimba ilmu di menara gading.

    BalasPadam