Isnin, 11 Ogos 2025

Masak Sup Ayam Thai

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita dia hari ini, hari Isnin. Biasalah dihari bekerja, pagi-pagi lagi dah kena hantar anak pergi sekolah, sorang bekerja dan sorang lagi belajaq kat sekolah rendah.

Balik tu terus sarapan, beli nasi lemak je pagi ni. Kemudian jengok tanaman di laman kejap. Kemudian terus masak untuk makan tengahari. Kenalah masak awal sebab petang nanti ada  tadarus Al Quran bersama kawan-kawan pula. Hari ni saya masak ringkas ja, sup ayam thai, goreng telur, ulam dan sambal belacan, tak best kalau takdak sambal belacan. Ulam macam biasalah kutip kat belakang dapur je, bayam brazil, daun ginseng jawa dan pucuk beluntas.



Resepi Sup Ayam Thai

Bahan-bahan:
ayam
karot
kentang
daun
 sup
serai
sedikit halia
daun limau purut
rempah 4 sekawan
bawang merah {dihiris}
bawang putih {dihiris}
rempah sup
daun ketumbar
garam serta serbuk perasa
limau
tomato
cili api

Cara masak:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah serta bawang putih, masukkan rempah 4 sekawan. 
2. Masukkan pula ayam, sambil di kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan pula karot, kentang, serai, daum limau purut dan halia. Kemudian baru masukkan air untuk kuahnya.
4. Masukkan juga cili api, daun sop. Perasakan dengan garam dan bahan perasa. Sebelum tutupkan api masukkan perahan limau nipis dan juga daun ketumbar.
Siap untuk dihidangkan.





Ulam macam biasalah kutip kat belakang dapur je, bayam brazil, daun ginseng jawa dan pucuk beluntas.





Alhamdulillah, petang pula ambil kesempatan pergi ngaji, tadarus al Quran bersama kawan-kawan. Hari ni tak ramai pula kawan yang datang setelah 3 minggu bercuti. Walaupun hanya tiga orang, tetap juga kita bertadarus.






Dalam seminggu 3 hari saja kita bertadarus. Sambil-sambil tu kita belajar hukum ilmu tajuid, sambil membetulkan bacaan masing-masing. Jika selalu kita praktik membaca alquran, apa yang telah kita pelajari insyaallah tak akan lupa. 






3 ulasan:

  1. Sup ayam thai..pasti makan berselera..Bab mengaji teringat suri hati ada geng mengajinya ..hari sabtu kelas dia..alhamdulillah

    BalasPadam