Khamis, 28 Mei 2026

Masak Bihun Sup Ayam

 Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua. Hari ni adalah hari raya kedua Aidil Adha. Mungkin ada yang masih bertandang di rumah saudara di hari raya kedua ini. Masak menu apa untuk makan tengahari ni.

Hari ni kebetulan adik dari Kedah datang ke rumah, maka saya masak bihun sup ayam.




Gabungan bihun supnya, sudah semestinya sup ayam, bihun, bahan rencahnya serta bawang goreng.




Bihunnya letak serbuk kunyit supaya jadi warna kuning.


Untuk memasak supnya, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai serta akar daun sup. Bila bahan tumis dah wangi, masukkan rempah sup. Kemudian masukkan air secukupnya.  Masukkan juga ayam. Masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam serta perasa.

Keluarkan ayam, biarkan sejuk dahulu baru dileraikan isi ayam.



Untuk bawang goreng, saya hiris bawang kecil nipis-nipis, gaulkan dengan sedikit tepung jagung. Kemudian baru digoreng hingga berwarna coklat.


Untuk bahan rencahnya, potongan tauhu goreng, hirisan daun bawang/daun sup, ayam yang dicarik-carik serta cili kicap. 

Untuk cili kicapnya pula, goreng cili api hijau serta bawang putih. Masukkan ke dalam copper, tambah kicap, sedikit gula serta air perahan limau. Kisar bahan hingga halus.




Alhamdulillah... mau bertambah dua tiga kali bila dimakan panas-panas.



1 ulasan:

  1. Beuughhh langsung drooling pula liat bihun sup ini kak 😍😍😍🤤🤤. Cantiiiik warna kuningnya 👍👍. Jarang saya liat bihun di sini diksh kunyit. Kalau nasi kuning dah biasalah. ..

    Nak cari juga bihun sup saat di KL nantilah

    BalasPadam