Isnin, 22 Jun 2020

Kek Butter Pelangi


Assalamualaikum...

Selamat pagi...
Salam di pagi Selasa yang indah, semoga semua sahabat beroleh kesejahteraan dan kesihatan yang baik di hari ini.

Cerita semalam buat kek butter pelangi. Saya sebenarnya paling tak pandai buat kek sebenarnya. Mesti tak berapa menjadi, tapi bila dimakan tetap juga sedap. Cuma rupanya saja yg kurang menarik.

Kena buat selalu agaknya, baru menjadi dengan elok kot.





Resepi Kek Butter Pelangi

Bahan-bahannya:

1/2 cawan butter
3/4 cawan gula kastor
sedikit esen vanila
50 gm serbuk santan
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder
pewarna kegemaran
badam flakes secukupnya




Cara membuatnya:

1. Satukan butter, gula dan esen vanila, 

   pukul sehingga kembang dan putih.

2. Masukkan telur satu persatu, pukul

   sehingga sebati.

3. Kemudian masukkan serbuk santan, kacau

   rata.

4. Ayakkan tepung dan baking powder, 

   masukkan tepung sedikit demi sedikit 
   ke dalam adunan, kacau rata.

5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,

   letak pewarna kegemaran.

6. Sapu loyang dengan sedikit butter. 

   Tuangkan adunan berselang seli serta 
      lorekkan sedikit, kemudian taburkan 
   badam ke atasnya.

7. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit 

   atau sehingga masak, bergantung kepada       oven masing-masing.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan