Selasa, 16 Jun 2020

Ikan Siakap Keongsom


Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...

Tengahari semalam saya masak masakan Thai keongsam ikan siakap. Akhir-akhir ini suka pula saya masak masakan thai. Keongsam ni lebih kurang juga macam masakan asam pedas kedah, cuma tak masukkan daun kesom je. Rasanya macam singgang ikan pun ada jugak. Pokoknya sedap lah... dimakan pula bersama sambal belacan dan ulam-ulaman, bertambah jugaklah nasinya.

Yang nak cuba inilah resepinya...



Resepi Ikan Siakap Keongsom

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap saiz sederhana
1/2 biji nenas
1/2 ikat kangkung
2 batang serai
1 biji limau nipis
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah

Bahan kisar:

2 biji cili merah
10 biji cili api
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup


Cara memasak:

1. Kisar bahan kisar dengan sedikit air

   hingga halus.

2. Masukkan bahan kisar, serai serta air

   secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga
   mendidih.

3. Masukkan pula nenas dan biarkan air 

   nenas turun sebelum dimasukkan ikan 
   siakap.

4. Masak 5-8 minit sahaja ikan siakap

   bergantung saiznya untuk mengelakkan 
   ikan hancur. Perasakan dengan garam 
      dan gula mengikut selera anda.

5. Tutup api, kemudian baru masukkan kangkung

   supaya tidak terlebih masak dan perahkan
   limau nipis mengikut tahap masam yang 
   anda suka.

6. Siap untuk dihidangkan.




Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.


2 ulasan:

  1. Sedap betul masakan begini. Menambah2 nasi dalam pinggan, kuahnya pun dah cukup sedap...slurrppp!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Amie... memang menambah nasinya. Kalau lauk yg berkuah mcm ni letak kuah banyak2, sedap dihirup kuahnya.

      Padam