Sabtu, 4 Ogos 2012

Tips Mendidik Anak

          
         Assalamualaikum wrh wbr......

     Salam ukhwah kepada teman-teman semua, semoga berbahagia selalu hendaknya. Seperti mana yang kita ketahui bahawa anak adalah anugerah dari Allah swt kepada sesebuah keluarga. Maka hendaklah kita mendidik mereka dengan sebaik-baiknya agar menjadi anak yang soleh, berguna didunia dan akhirat. Sudah pastilah didikan yang diberikan berdasarkan pendidikan agama.


     Setiap anak yang dilahirkan adalah bersih dan suci seperti kain putih, maka orang tuanyalah yang akan mencorakkan anaknya samaada meyahudikan, menasranikannya atau memajusikannya. Tanggungjawab itu terletak di tangan ibubapa bagi membesarkan serta mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh-solehah yang berjaya di dunia dan akhirat. Sebenarnya proses pendidikan anak bermula dari dalam kandungan ibu lagi. Pendidikan di peringkat ini bercorak kerohanian:

1. Bagi ibu-ibu mengandung dinasihatkan 

   banyak membaca Al Quran terutama surah 
   Yusuf dan surah Maryam.

2. Ibu hendaklah sentiasa berdoa agar anak 
   yang bakal dilahirkan akan menjadi anak 
   yang soleh-solehah, beriman, berilmu serta 
   berakhlak mulia.

3. Ibu juga hendaklah memakan benda-benda 
   yang datangnya dari sumber yang halal 
   agar anak yang bakal dilahirkan bermula 
   dengan darah daging yang halal.

4. Ibu yang hamil juga digalakkan agar 
   banyak mengamalkan zikir.

5. Ibu yang hamil hendaklah sentiasa bersifat 
   sabar dan sentiasa senyum serta menjauhkan
   sifat mazmumah iaitu sikap yang tidak baik.

     Apabila anak dilahirkan ke dunia, maka hendaklah mengazankan bagi anak lelaki dan mengkhamadkan bagi anak perempuan. Selain itu, anak yang baru lahir juga hendaklah disuapkan manisan seperti madu dan kurma. 


Ini adalah tips bagi mendidik anak-anak:


1. Mulakan hidup anak dengan panggilan 
   yang baik kerana panggilan nama yang 
   kurang baik akan menyebabkan anak akan malu
   dan merendah diri.

2. Berikan anak pelukan setiap hari. Kajian 
   menunjukkan anak yang dipeluk setiap 
   hari akan mempunyai kekuatan IQ yang 
   lebih kuat daripada anak yang jarang 
   dipeluk.

3. Pandanglah anak dengan pandangan 
   kasih sayang. Pandangan ini akan 
   membuat anak lebih yakin diri bila ber-
   hadapan dengan persekitaran.

4. Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat
   kebaikan. Berilah pujian, pelukan,ciuman, 
   hadiah atau sekurang-kurangnya senyuman 
   untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. 

5. Janganlah mengharapkan anak yang belum 
   matang melakukan sesuatu perbuatan baik 
   secara berterusan. Mereka hanya kanak2 yang
   sedang berkembang. Perkembangan mereka
   membuatkan mereka ingin menyelami setiap 
   perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dgn masalah 
   kerja atau keluarga, pilihlah keluarga.
   Seorang penulis menyatakan anak2 akan terus
   membesar. Masa itu terus berlalu dan tak 
   akan kembali lagi.

7. Di dalam membesar dan mendidik anak,
   janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan
   anak-anak merasakan  diri mereka suatu
   bebanan.

8. Dengarlah cerita anak, kerana cerita anak 
   itu tak akan dapat di dengari pada masa 
   akan datang. Tunggu giliran anda untuk 
   bercakap. (Ini akan mengajar anak anda 
   tentang giliran untuk bercakap).

9. Tenangkan anak setiap kali mereka 
   memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak bagaimana cara 
    untuk menenangkan diri. Mereka akan 
    menirunya.

       Demikianlah serba sedikit tentang tips-tips mendidik anak-anak. Mudah-mudahan ianya akan menjadi panduan untuk saya serta teman-teman semua.



sumber-enternet




Tiada ulasan:

Catat Ulasan