Khamis, 23 Ogos 2012
Rendang Ayam
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam sejahtera kepada teman-teman semua. Entri kali ini mengenai masakan rendang ayam yang dimasak sebelum aidil fitri. Baru sekarang berkesempatan nak update blog. Saya rasa semua orang tahu memasak rendang ayam, cuma sukatannya yang berbeza, mungkin. Sebenarnya masak rendang ayam ni, kalau banyak bahannya lagi sedap. Mari kita lihat resepinya...
Resepi Rendang Ayam
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka
15 tangkai cili kering *
10 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 1/2 inci halia *
1 1/2 inci lengkuas *
6 batang serai *
1/2 inci kunyit hidup *
4 cawan santan pekat
4 sdb kerisik
2 helai daun kunyit dihiris halus
garam, gula serta serbuk perasa
Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar
terlebih dahulu.
2. Perapkan ayam bersama bahan-bahan giling
selama 1 jam.
3. Panaskan kuali masukkan bahan perap tadi
bersama santan dan masak sehingga mendidih.
Apabila sudah mendidih, masukkan kerisik,
garam serta perasa secukup rasa.
4. Masak hingga ayam empuk dan agak pekat.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan
barulah diangkat.
5. Sedap dimakan bersama ketupat palas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan