Sabtu, 15 November 2025

Kehadiran segerombolan Lebah Bersarang Di Laman

 Assalamualaikum...

Selamat bercuti dihujung minggu. Hari ini adalah hari Sabtu. Mereka yang bekerja mengambil kesempatan berehat di rumah dan ada juga ambil kesempatan keluar bersama kaum keluarga makan-makan atau jalan-jalan di hari ni.

Pagi ni saya dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan lebah ke laman rumah saya. Hairan saya kenapa ada banyak serangga berterbangan di depan rumah, tapi mengeluarkan bunyi berdengung. Ingatkan lalat tapi tak ada bangkai pun dilaman rumah. Selepas beberapa ketika baru kelihatan mereka berkumpul dibahagian rak bunga depan rumah.








Pokok kat atasnya tu pun dah mula layu, tapi saya tak berani nak siram, takut lebahnya mengamuk nanti.



Bila dilihat tak ada bunga yang mengeluarkan madu pun kat laman rumah.
Dulu sewaktu saya menanam bunga pukul sepuluh memang ada lah lebah datang hinggap tapi tak lah sebanyak ini.






Biasanya lebah akan buat sarang kat tempat yang tinggi seperti atas pokok. Mungkin on the way nak pergi ketempat lain, mereka singgah dulu kat tempat saya.
Kalau kita tak kacau mereka, meraka pun tak akan kacau kita. 
Mudah-mudahan kalau mereka pindah nanti tinggallah sedikit madu untuk tuan rumah... he he..





2 ulasan:

  1. biasanya yang buat sarang rendah ni spesis lebah pengerat daun.. koloni yang kecil..

    BalasPadam
  2. Huihhh besar jugak tu. Kena panggil bomba la nak buang tu. Kalau tak sedar terjirus air mau kena kejar kita ni.

    BalasPadam