Assalamualaikum…
Selamat petang sahabat semua, moga ceria selalu di petang ini. Di tempat saya cuaca lembap je, hujan turun dari jam 2.30 petang tadi.
Hujan-hujan ni perut pun terasa lapar. Nak masak tak rajinlah pulak. Makanlah apa yang ada kat dapur. Kucar kopi sihat Vcafe panas-panas makan dengan roti krim gardenia quick bites, memang sedap.
Kat luar rumah hujan di ketika ini. Nak keluar pun terasa malas.
Kebetulan selepas balik kerja tadi sempat beli roti krim gardenia. Bolehlah makan di waktu petang.
Roti krim gardenia quick bites ini saya lebih suka yang perisa pandan gula merah. Bila digigit terasa kelapa keringnya. Tapi susah nak dapatkan roti perisa ni di kedai-kedai biasa. Yang perisa ni kalau kat tempat saya, saya hanya jumpa kat kedai petropum petron je. Cuma tak banyak, setiap kali pergi hanya tinggal 4 bungkus saja. Kalau ada 10, rasanya kesemuanya akan saya borong. Itulah, kalau benda yang kita suka mesti tak banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan