Sabtu, 5 Julai 2025

Tahiah Lagi Buat Anakanda Nurul Ezzati

 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua moga berbahagia selalu.

    Saya simpankan kenangan disini mengenai penglibatan anakanda saya, Nurul Ezzati beserta kawan-kawannya sebagai wakil sekolah di karnival inovasi sekolah menengah agama Malaysia, peringkat Negeri Kedah Darul Aman. Karnival inovasi ini diadakan dibulan Jun tahun 2025 baru-baru ini. Sebanyak 21 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam karnival kali ini.

    Syukur alhamdulillah kumpulan sekolahnya telah mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut.






Di tahun 2025 ini juga, dia turut mengambil bahagian dalam syarahan Bahasa Melayu, hanya mendapat naib johan sahaja. Katanya dah cuba buat yang terbaik, kelihatan kecewa juga kali ini sebab tak dapat johan. Tapi tak apalah mungkin rezekinya sampai disitu sahaja.




                                   

  

     Syer juga disini mengenai prestasi kedudukan terbaik di dalam kelas. Alhamdulillah, dapat hadiah dari pihak sekolah.


       
      Insyaallah tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan SPM. Kita doakan mudah-mudahan dianya akan memperoleh kejayaan yang cemerlang nanti, isyaallah.




1 ulasan:

  1. Tahniah anakanda Nurul Ezzati. Semoga terus berjaya dunia dan akhirat.

    BalasPadam