Assalamualaikum sahabat semua... moga sihat selalu.
Dah lama terigin nak buat miang kham ni tapi teragak-agak nak buat. Oleh kerana pokok kaduk saya menghasilkan daun yang banyak, jadi saya cuba lah buat miang kham petang ni.
Miang kham adalah makanan tradisional orang-orang Thailand dan Laos. Gabungan bahannya tu yang membuatkan rasanya jadi sedap. Dan sosnya juga memainkan peranan penting. Jika sosnya sedap, maka semuanya akan jadi sedap.
Resepi Miang Kham
Bahan-bahan:
daun kaduk
kelapa (dihiris kecil-kecil dan di sangrai)
kacang tanah (disangrai)
udang kering (direndam air panas, kemudian goreng tanpa minyak)
bawang merah (didadu)
halia (potong dadu)
limau nipis (dipotong dadu bersama kulitnya)
Cara buat sosnya:
Bahan-bahan:
1 sdb udang kering
1 ici lengkuas
1 inci halia
gula somtam
belacan
sos ikan/nampla
kacang tanah tumbuk
kelapa kering yang ditumbuk
Cara masak sosnya:
1. Blender udang kering, lengkuas dan halia bersama sedikit air.
2. Masukkan ke dalam periuk, masak diatas api perlahan.
3. Masukkan juga gula, belacan, sos ikan. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Angkat dan biarkan sedikit suam.
4. Masukkan kelapa sangrai dan kacang tanah yang ditumbuk halus. Dikacau-kacau, kemudian bolehlah dihidangkan.
Setelah jadi seperti ini barulah dimakan. Sedap dimakan di waktu petang bagi yang suka ngemil. Waktu kecil dulu, suka makan sirih pinang. Sekarang kita makan miang kham pula.
Lama tak makan miang kham. Terakhir makan waktu pi Kedah awal tahun ini. Bantak juga daun kaduk di tepi rumah. Tunggu angin rajinlah kalau nak buat heheheee.
BalasPadam