Assalamualaikum...
Selamat petang dan salam jumaat sahabat semua, moga sahabat semua beroleh keberkatan di hari Jumaat yang mulia ini.
Petang ni saya buat kuih kaswi gedik gula merah. Lama tak makan kuih ni, sekali sekala nak juga merasa kuih buatan sendiri. Kuih kaswi ni memang sedap kalau dimakan bersama kelapa parut. Rasanya taklah begitu manis sangat, ditambah pula rasa lemak-lemak kelapa. Memang sangat sesuailah dibuat untuk sarapan pagi atau minum petang.

Ini kejadiannya sebelum diletak kelapa parut.
Resepi Kuih Kaswi Gula Merah
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
1 cawan aitr
1 helai daun pandan
2 sdb air kapur
3 cawan air
Bahan lain:
kelapa parut
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Masak air bersama gula merah dan gula putih. Masukkan daun pandan. Masak hingga air gula mendidih. Sejukkan.
2. Bila air gula dah sejuk, masukkan tepung gandum, tepung ubi serta air ke dalam bekas tersebut. Kacau hingga tepung tidak berketul. Kemudian tapis.
3. Didihkan air terlebih dahulu. Untuk acuannya pula, sapukan acuan dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari kuih melekat.
4.Masukkan aduanan kedalam acuan, kemudian kukus selama 15 higga 20 minit. Bila kuih dah masak, sejukkan dahulu. Dah sejuk baru keluarkan dari acuan.
5 Hidangkan bersama kelapa parut.
Saya gunakan acuan twist yang comel ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan