Isnin, 21 Julai 2025

Masak Kurma Ayam Serta Acar Timun

Assalamualaikum...

Update lagi blog di kali ini. Semoga teman-teman semua bahagia selalu di samping keluarga tersayang.

Lama tak masak kurma ayam, tengok-tengok dalam peti ais apa yang ada. Bahan untuk buat kurma  ayam lengkap. Jadi saya masak kurma untuk makan tengahari ni. Saya juga tambahkan telur rebus ke dalam kurma tersebut. Untuk sayurnya pula saya buatkan acar timun.



Resepi Kurma Ayam

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

2 bungkus rempah saiz kecil

3 biji ubi kentang

1/2 batang karot

2 biji tomato {belah 4}

1 biji bawang besar {belah 4}

cili api dan cili besar

bawang merah [dimayang]

bawang putih [dihiris halus]

halia {dihiris halus]

telur rebus

santan

daun kari

rempah 4 sekawan

sedikit miyak untuk menumis

garam dan serbuk perasa jika suka



Cara memasaknya:

1. Panaskan periuk, tumis rempah 4 sekawan, daun kari serta bawang merah, bawang putih juga halia hingga kekunigan.

2. Masukkan rempah kurma, masak hingga naik minyak. Masukkan ayam. Masak lagi hingga ayam jadi kecut. 

3. Kemudian masukkan lagi kentang dan karot. Masak lagi hingga kentang lembut. Masukkan pula santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Ketika ini saya juga masukkan telur rebus.

4. Akhir sekali baru masukkan bawang besar, cili api, cili merah, tomato serta garam dan perasa.

5. Perasakan garamnya, kalau dah cukup rasa, barulah diangkat untuk dihidangkan. 



Resepi Acar Timun

Bahan-bahan:

2 batang timun {dipotong nipis}

2 biji bawang merah {dihiris halus}

cili api merah

garam, gula dan cuka


Cara membuatya:

1. Masukkan timun yang dihiris ke dalam bekas, kemudian campurkan bahan hiris kedalamnya.

2. Masukkan cuka, garam serta gula. Kacau sehingga bercampur rata. Tak payah letak air kerana nanti air dari timun akan keluar.

3. Siap untuk dihidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.



3 ulasan:

  1. Siap dengan resipi, terima kasih sahre resipi,wife sini nak baca resipi ni ..

    BalasPadam
  2. Sedapnya aroma kurma, apalagi ada acar sekali. Semerbak!

    BalasPadam
  3. sedap dah gabungan menu Diela tu dah macam lauk kenduri pun ada, salam ukhwah dari kak ana, duk Rawang ye, geng lah kita, kak ana dah follow sini #194

    BalasPadam