Assalamualaikum...
Update lagi blog di kali ini. Semoga teman-teman semua bahagia selalu di samping keluarga tersayang.
Lama tak masak kurma ayam, tengok-tengok dalam peti ais apa yang ada. Bahan untuk buat kurma ayam lengkap. Jadi saya masak kurma untuk makan tengahari ni. Saya juga tambahkan telur rebus ke dalam kurma tersebut. Untuk sayurnya pula saya buatkan acar timun.
Resepi Kurma Ayam
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
2 bungkus rempah saiz kecil
3 biji ubi kentang
1/2 batang karot
2 biji tomato {belah 4}
1 biji bawang besar {belah 4}
cili api dan cili besar
bawang merah [dimayang]
bawang putih [dihiris halus]
halia {dihiris halus]
telur rebus
santan
daun kari
rempah 4 sekawan
sedikit miyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa jika suka
Cara memasaknya:
1. Panaskan periuk, tumis rempah 4 sekawan, daun kari serta bawang merah, bawang putih juga halia hingga kekunigan.
2. Masukkan rempah kurma, masak hingga naik minyak. Masukkan ayam. Masak lagi hingga ayam jadi kecut.
3. Kemudian masukkan lagi kentang dan karot. Masak lagi hingga kentang lembut. Masukkan pula santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Ketika ini saya juga masukkan telur rebus.
4. Akhir sekali baru masukkan bawang besar, cili api, cili merah, tomato serta garam dan perasa.
5. Perasakan garamnya, kalau dah cukup rasa, barulah diangkat untuk dihidangkan.
Bahan-bahan:
2 batang timun {dipotong nipis}
2 biji bawang merah {dihiris halus}
cili api merah
garam, gula dan cuka
Cara membuatya:
1. Masukkan timun yang dihiris ke dalam bekas, kemudian campurkan bahan hiris kedalamnya.
2. Masukkan cuka, garam serta gula. Kacau sehingga bercampur rata. Tak payah letak air kerana nanti air dari timun akan keluar.
3. Siap untuk dihidangkan.
Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.
Siap dengan resipi, terima kasih sahre resipi,wife sini nak baca resipi ni ..
BalasPadamSedapnya aroma kurma, apalagi ada acar sekali. Semerbak!
BalasPadam