Jumaat, 14 Mac 2014

Jalan-jalan ke Port Dickson


            Assalamualaikum wrh... wbr....

     Masih lagi sambungan dari mandi di Wet World Air Panas Pedas. Selepas berendam di dalam air selama lebih kurang 4 jam, maka masing-masing perut pun dah pun menjadi lapar. Barulah ingat nak naik dari kolam.


     Oleh kerana masih awal lagi, maka kami pun bertolak balik lalu singgah pula ke Port Dickson. Hanya sekadar berhenti rehat sebentar sahaja sambil menikmati suasana petang di tepi pantai.





Pemandangan kat belakang tu agak kabur 
disebabkan jerubu.




Waktu petang begini air laut pun surut sehingga menampakkan pasir. Bestnya kalau dapat datang di waktu pagi kerana waktu itu air masih lagi banyak.


Masih lagi ada orang yang mandi manda di pantai.


Waktu ini matahari pun dah hampir terbenam. Okey juga sekali sekala dapat bersantai-santai kat tepi pantai.


Rabu, 12 Mac 2014

Kuih Apam Gula Merah


          Assalamualaikum wrh wbr.....

   Sudah lama tak masak kuih apam, jadi hari ini saya buatkan kuih apam gula merah untuk minum petang. Memang sedap kuih apam gula merah dari BLOG YATI  MEMORIES yang memang terkenal dengan ratu kuih talam serta kuih apamnya. 


   Terima kasih atas resepinya. Mohon izin saya letakkan  resepinya kat sini pula untuk rujukan saya nanti.





Resepi Kuih Apam Gula Merah

Bahan A
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula  putih
2 cawan air
2 helai daun pandan

Bahan B
11 gm yis mauripan
1/2 cawan air suam
1 sdk gula halus

Bahan C
4 cawan tepung gandum
secubit garam



Cara membuatnya:

1. Masak bahan A hingga larut, kemudian
   sejukkan.

2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan
   biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.

3. Satukan bahan B ke dalam mangkuk besar
   dan masukkan sekali air gula yang telah 
   sejuk tadi.

4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi.
   Setelah sebati, perapkan selama 1 jam.

5. Lengserkan loyang denga sedikit minyak,
   Kemudian masukkan adunan, biarkan selama 
   10 minit.

6. Kukus adunan selama 40 minit dengan api
   yang sederhana.

7. Biarkan betul-betul sejuk, baru dipotong.

8. Sedap dimakan dengan kelapa parut yang
   digaul dengan sedikit garam.


Selasa, 11 Mac 2014

Cendol Leman Dawi


        Assalamualaikum wrh wbr.....

     Sambungan dari mandi manda di kolam air panas Pedas. Sebelum sampai ke Kolam WetWorld Air Panas Pedas, sempat singgah kat gerai cendol Leman Dawi. Gerai ni memang agak terkenal juga, kerana sentiasa ada pelanggan yang datang kat gerai tersebut.





       Inilah cendolnya, dicuaca panas terik ni bila pekena cendol memang nyamanlah tekak. Tapi pada saya cendol ni rasanya biasa-biasa sahaja.





                              gambar dari google 


          Inilah pengusaha gerai cendol Pak Leman Dawi namanya. Gerai ni memang punyai keistimewaannya tersendiri kerana Pak Leman ni memang terkenal dengan keramahan dan kepetahan bercerita, tak berhenti-henti bercakap dengan pelbagai cerita baru dan lama dan ianya juga rajin melayan pelanggan. Mungkin disebabkan itulah maka gerainya tak putus-putus dikunjungi orang ramai.


SHiemaCMa 1st Giveway 2014


         Assalamualaikum wrh... wbr...



         Jalan-jalan ke blog teman-teman terjumpalah peraduan giveaway yang dianjurkan oleh Shiema, terus join. Syarat-syaratnya pun mudah sahaja. Jika teman-teman nak join juga bolehlah klik kat banner.



Isnin, 10 Mac 2014

Mandi-manda di Kolam Air Panas Pedas


           Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam bahagia teman-teman semua semoga berbahagia selalu. Hari minggu kelmarin saya da encik husband membawa anak-anak ke kolam Air panas Pedas, Negeri Sembilan. Sebelum ni memang dah berjanji dengan anak lelaki saya nak bawa mandi air panas untuk betulkan urat-urat tangannya yang patah (disimen selama 1 1/2 bulan) akibat jatuh dari motosikal. Oleh kerana dah janji, kena lah tunaikan janji tersebut. Baru kelmarin berkesempatan bawa anak-anak mandi air panas.


      Sebelum ini memang dah pernah pergi kat sini, kalau tak salah 2 tahun yang lalu. Dulu bayaran masuk hanya RM 8 utk dewasa dan RM 6 utk kanak-kanak. Sekarang bayaran tiketnya dah RM 12 utk dewasa dan RM 10 utk kanak-kanak.





       Dekat Wet World Air Panas Pedas kali ini memang agak lengang sikit orangnya. Mungkin bukan time cuti sekolah agaknya. Tapi okey lah tak lah sesak sangat.





Sukanya mereka mandi, kalau dah masuk ke kolam memang susah lah nak naik.







Inilah kolam air panas, tetapi kolam ini taklah begitu panas sangat , boleh berendam untuk betulkan urat-urat saraf.




        Kolam ini memang airnya sangat panas, ada peraturan tertentu bagi mereka nak berendam kat kolam ini.


Sebelum balik bolehlah beli cenderahati utk 
tanda kenangan.


Jumaat, 7 Mac 2014

Puding Roti Bakar


            Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia teman-teman semua. Dah lama tak buat puding roti. Oleh kerana masih ada lagi roti yang berbaki yang tak disentuh, daripada berkulat begitu saja maka saya buatkan puding roti bakar untuk minum petang di hari ini.



Resepi Puding Roti Bakar

Bahan-bahan:
7 keping roti dipotong-potong
2 cawan susu segar 
1/2 cawan gula
2 biji telur
4 sdb mentega
1 sdk esen vanila
sedikit kismis/ prune/ ceri dll



Cara membuatnya:
1. Carik-carikkan roti di dalam  satu bekas.
2. Cairkan mentega dan tuang mentega ke atas 
   roti tersebut.
3. Pecahkan telur bersama-sama susu dan gula
   di dalam bekas yang lain.
4. Pukul sehingga gula hancur, boleh masukkan
   esen vanilla.
5. Tabur kismis kedalam loyang dan tuangkan
   susu tersebut.
6. Bakar dengan suhu 175 C selama 40 minit.
   Setelah masak, barulah diangkat.






Rabu, 5 Mac 2014

Masak Lemak Sayur Petola


            Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam penuh keceriaan kepada teman-teman blogger semua, semoga anda semua berada dibawah lindungannya selalu. Entri kali ini mengenai masakan sayur petola. Sayur petola ni memang sedap dimasak lemak atau dimasak sayur bening sahaja. Kadangkala sayur petola ini boleh juga direbus dan dicicah dengan budu. Apa-apa pun memang sedaplah dimakan dengan nasi panas-panas.Marilah kita lihat resepi masakan sayur lemak petola yang ringkas ini.






Resepi Masak Lemak Sayur Petola

Bahan-bahan:
2 batang sayur petola (dipotong)
1/2 biji kelapa diambil santannya
sedikit sayur fucuk
sedikit suhun
1 batang cili merah (dihiris)
4 ulas bawang kecil (dihiris halus)
sedikit ikan bilis
garam dan perasa secukupnya

  Cara memasaknya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk,
   masukkan santan dan dimasak dengan api yang
   sederhana. Sentiasa dikacau supaya 
   santannya tidak pecah.
2. Masukkan garam serta perasa. Rasakan ia, 
   bila dah okey rasanya barulah 
   diangkat untuk dihidangkan.