Khamis, 29 Januari 2026

Menu Makan Saya Di Hari Ini

 Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh berkah ini, moga kita semua memperoleh keberkahan di hari yang mulia ini.

Menu makan saya di pagi hari ni sebelum pergi kerja, sandwich sardin. Pagi-pagi mesti kena isi perut dulu. Kalau sempat saya masak, kalau tak sempat beli saja kuih karipap kat gerai tepi jalan.




Balik dari kerja paling awal pun 11.30. Sampai rumah letak beg, tukar baju terus ke dapur masak nasi terlebih dahulu. Buat apa yang patut untuk siapkan bahan untuk masak lauk nanti. Pukul 12.50 ambik si kecik balik dari sekolah. Kemudian sambung lagi bersilat kat dapur siapkan lauk.

Sebelum pukul 2 petang, si kecik makan dan terus bersiap-siap ke sekolah agama pula. Untungnya sekolah agama dekat dengan rumah, jadi tak perlu dihantar. Dianya akan jalan kaki saja ke sekolah agama. Jadi rilexlah sikit. Kalau ada kelas saya akan ke kelas ngaji, kalau tak ada boleh lah rilex diwaktu petang.

Begitulah rutin harian saya setiap hari.



Hari ni saya masak sambal telur mata. Sekarang ni tiap hari masak mesti kena ada sambal. Kalau tak, tak nak makan si kecik tu. Katanya tak ada ayam pun tak apa, janji ada sambal. Jenuhlah pulak kena beli cili tiap hari.



Kebetulan ada daging, masak lah tomyam daging. boleh juga hirup kuahnya.



Ulamnya pula daun bayam brazil kebetulan sayur bayam brazil banyak kat belakang rumah. Tak payah sambal belacan lagi, sebab sambal telur dah ada.




Dah habis makan rasa pula nak ngemil, potong buah mangga muda kecil-kecil kemudian taburkan dengan serbuk asam boi. Kejap je licin 
he he...


2 ulasan:

  1. Kat opis ni ada jual sambal sedia untuk dimakan sebekas rm10. Kalau takde lauk panaskan sambal tu dan buat telur mata. Ni persediaan buat sahur puasa nanti.

    BalasPadam
  2. Tak perlu naik basikal pun ke sekolah agama yer..

    BalasPadam