Assalamualaikum...
Hari ni adalah hari Rabu, hari ni agak relax sedikit, sebelah petang boleh rehat. Kalau semalam agak kelam kabut sikit sebab selepas balik kerja, terus masak, ambik anak sekolah, kemudian sebelah petang pergi kekelas pengajian al-quran pula.
Untuk makan tengahari ni, saya masak sambal telur rebus, tomyam daging serta sedikit ulaman. Tapi tak ada sambal belacan sebab sambal telur dah pedas,jadi tak payah lah buat sambal belacan lagi.
Untuk masak tomyam daging saya hanya guna pes tomyam saja, biar mudah dan cepat dimasak dan cepat dimakan.
Untuk telur rebus pula saya goreng sekejap untuk permukaan telur nampak menarik. Kemudian masak cili blender, masuk apa yang patut.
Bila cili dah masak, baru masukkan telur rebus goreng.
Untuk sayurnya pula ada daun salad dan daun ketumbar.




suami SA dari awal bulan mintak sambal telur..SA x buat2 lagi...balik ni kalau sempat nak buat la...
BalasPadam