Sabtu, 31 Januari 2026

Cucuq Bawang Ikan Bilis

 

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua. Pagi tadi tak tahu nak masak apa untuk sarapan, nak keluar malas lah pula, Jadi masaklah apa yang ada kat rumah.

Pagi ni saya buat cucuq bawang ikan bilis. Selalunya saya akan letak sayur kobis dan karot. Tapi hari ni stok sayur pun dah habis, maka letaklah apa yang ada sahaja.




Biasanya kalau buat cucuq mestilah kena guna tepung gandum. Kalau saya buat cucuq saya tak suka letak serbuk penaik kerana bila makan akan cepat rasa muak. Mudah saja nak buat cucuq bawang ikan bilis ni.

Bahan:

tepung gandum

hirisan bawang besar

hirisan cili api

ikan bilis

sedikit garam

air secukup

Cara bancuh tepung:

Masukkan semua bahan ke dalam bekas, masukkan air sambil dikacau dengan senduk. Adunannya pula janganlah terlalu pekat dan telalu cair, sedang-sedang saja.




Sambil-sambil bancuh tepung, bolehlah panaskan minyak untuk menggoreng. Bila minyak dah panas, barulah masukkan adunan tepung menggunakan sudu atau senduk. Bila cucuq dah mula keras baru balikkan. Sentiasa dikacau supaya ia masak sekata.



Dah siap menggoreng, boleh hidangkan dengan sos cili dan juga kopi atau teh O panas. Memang sedap...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan