Assalamualaikum...
Salam Jumaat yang penuh berkah ini, moga kita semua memperoleh keberkahan di hari yang mulia ini.
Menu makan saya di pagi hari ni sebelum pergi kerja, sandwich sardin. Pagi-pagi mesti kena isi perut dulu. Kalau sempat saya masak, kalau tak sempat beli saja kuih karipap kat gerai tepi jalan.
Balik dari kerja paling awal pun 11.30. Sampai rumah letak beg, tukar baju terus ke dapur masak nasi terlebih dahulu. Buat apa yang patut untuk siapkan bahan untuk masak lauk nanti. Pukul 12.50 ambik si kecik balik dari sekolah. Kemudian sambung lagi bersilat kat dapur siapkan lauk.
Sebelum pukul 2 petang, si kecik makan dan terus bersiap-siap ke sekolah agama pula. Untungnya sekolah agama dekat dengan rumah, jadi tak perlu dihantar. Dianya akan jalan kaki saja ke sekolah agama. Jadi rilexlah sikit. Kalau ada kelas saya akan ke kelas ngaji, kalau tak ada boleh lah rilex diwaktu petang.
Begitulah rutin harian saya setiap hari.
Ulamnya pula daun bayam brazil kebetulan sayur bayam brazil banyak kat belakang rumah. Tak payah sambal belacan lagi, sebab sambal telur dah ada.





Kat opis ni ada jual sambal sedia untuk dimakan sebekas rm10. Kalau takde lauk panaskan sambal tu dan buat telur mata. Ni persediaan buat sahur puasa nanti.
BalasPadamTak perlu naik basikal pun ke sekolah agama yer..
BalasPadam