Jumaat, 23 Januari 2026

Masak Mee Kari Ayam

 Assalamualaikum...

Salam di hari Sabtu, moga semua teman sihat selalu.

Cuti di hujung minggu ni, biasanya mak-mak habiskan cuti untuk bersih-bersih rumah, cuci pakaian kotor dan memasak best-best untuk keluarga. Kalau hari kerja selalunya masak yang ringkas-ringkas saja, yang penting dapat isi perut.

Hari cuti hujung minggu ni lah berpeluang nak masak sedap-sedap sikit kerana lebih rileks tak payah terkejar-kejar nak kemana-mana.

Begitulah dengan saya. Hari ni masak awal sikit, kebetulan teringin pula nak makan mee kari. Jadi buat mee kari ayam lah hari ni paling mudah. Masak sendiri ni untung boleh makan ramai dan juga dapat makan berulang kali.





Biasalah kalau mee, beli yang dah siap tinggal dicelur saja.




Untuk kuahnya pula saya masak menggunakan resepi dari youtuber tekenal yaitu Che Nom. Memang sedap mee kari resepi dari beliau. Selalunya kalau saya cuba resepi dari Che Nom, tidak pernah mengecewakan.



Untuk bahan lainnya pula, sayur sawi yang dicelur, telur rebus, hirisan cili merah serta hirisan limau nipis.





Juga potongan buah tembikai. Cuaca panas-panas sedap kalau makan buah tembikai, segar je rasa.


                


Mee kari yang dah siap, alhamdulillah rezeki untuk hari ni.


   

2 ulasan:

  1. Masak sendiri boleh ulang-ulang makan banyak kali. hehehe

    BalasPadam
  2. Bestnya mee kari Kak Diela..SA kalau huat mee kari mesti ada kerang...rindu mee kari arwah mak..

    BalasPadam